Neil Patrick Harris

Neil Patrick Harris (lahir (1973-06-15) 15 Jun 1973 (umur 50)) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat and ahli silap mata. Harris dikenali kerana wataknya How I Met Your Mother.

Neil Patrick Harris
Harris pada tahun 2011
Kelahiran (1973-06-15) 15 Jun 1973 (umur 50)

Kemuncak kerjayanya termasuk watak utama dalam Doogie Howser, M.D., watak kaki perempuan Barney Stinson dalam How I Met Your Mother, versi cereka dirinya sendiri dalam siri Harold & Kumar dan peranan utama dalam siri laman muzikal Joss Whedon Dr. Horrible's Sing-Along Blog. Dia menjadi juruacara 63rd Tony Awards pada 7 Jun 2009[1] dan Anugerah Emmy Waktu Perdana ke-61 pada 20 September 2009. Pada 7 March 2010, dia membuat kemunculan mengejut di Anugerah Akademi ke-82, memberikan nombor muzik pembukaan. Pada 21 Ogos 2010, dia memenangi dua Anugerah Emmy pada acara Anugerah Emmy Seni Kreatif. Pada 11 Disember 2010, Harris mengacara siri TV Spike Anugerah Permainan Video, sebelum menacara Anugerah Tony ke-65 pada 12 Jun 2011.

Dia dinamakan salah seorang dalam majalah Time sebagai 100 orang paling berpengaruh pada 2010.[2] Pada September 2011, Harris dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Littleton, Cynthia (July 1, 2009). "Neil Patrick Harris Lands Hopping to Emmys". Daily Variety. Dicapai pada July 4, 2009.
  2. ^ "The 2010 Time 100". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-25. Dicapai pada October 2, 2010.
  3. ^ Schneieder, Michael (June 17, 2010). "Oprah, Neil Patrick Harris, Tina Fey to get Hollywood Walk of Fame stars". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2012. Dicapai pada March 4, 2012.

Pautan luar sunting