Niels Bohr

(Dilencongkan daripada Neils Bohr)

Niels Henrik David Bohr (7 Oktober 1885 - 18 November 1962) merupakan seorang ahli fizik yang berasal dari Denmark dan pernah meraih hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1922.

Niels Bohr
Photograph showing the head and shoulders of a man in a suit and tie
Kelahiran
Niels Henrik David Bohr

(1885-10-07)7 Oktober 1885
Meninggal dunia18 November 1962(1962-11-18) (umur 77)
Copenhagen, Denmark
DikebumikanTanah Perkuburan Assistens, Copenhagen
Pusat pendidikanUniversiti Copenhagen
Terkenal kerana
PasanganMargrethe Nørlund (k. 1912)
Anak-anakAage, Ernest, empat anak lelaki lain
AnugerahHadiah Nobel dalam Fizik (1922)
Kerjaya saintifik
BidangFizik teoretikal
Institusi
TesisStudies on the Electron Theory of Metals (1911)
Penasihat kedoktoranChristian Christiansen
Penasihat akademik yang lain
Pelajar kedoktoranHendrik Kramers
Pelajar lain yang terkenalLev Landau
Pengaruh
Dipengaruhi oleh
Tandatangan

Pada tahun 1913, beliau telah menerapkan konsep mekanik kuantum untuk model atom yang telah dikembangkan oleh Rutherford, yang menggambarkan bahawa atom tersusun dari teras atom (nukleus) yang dikelilingi oleh orbit elektron.

Awal hidup

sunting

Perang Dunia Kedua dan Projek Manhattan

sunting

Ketika Perang Dunia Kedua meletus, banyak cendekiawan di Jerman melarikan diri akibat keturunan mereka (banyak yang berbangsa Yahudi) mahupun kerana fahaman politik mereka yang tidak disenangi rejim Nazi. Pada September 1943, Bohr dan abangnya Harald mendapat tahu mereka berkemungkinan ditahan rejim itu disebabkan darah kacukan Yahudi mereka. Para pemberontak DEnmark membantu Bohr dan isterinya melarikan diri ke Sweden pada 29 September.[1][2] Pada hari berikutnya, Bohr memujuk Raja Gustaf V agar memberikan suaka kepada pelarian masyrakat tersebut. Radio kerajaan Sweden membuat pengumuman kepada 2 October 1943 menyatakan persediaan mereka menyambut para pelarian itu.[2][3][4][5] Sebanyak 7,000 warga Denmark bangsa Yahudi meklarikan diri ke negara jiran itu.[6]

Sebaik sahaja Lord Cherwell mendengar khabar Bohr di Sweden, beliau mengutus sepucuk telegram menjemput Bohr ke Britain. Bohr tiba di Scotland pada 6 Oktober dalam sebuah pesawat British Overseas Airways Corporation (kini British Ariways) yang mampu melepasi ruang udara Norway tanpa dikesan pihak Nazi di sana.[7][8] Ketibaan Bohr di sana disambut baik James Chadwick dan Sir John Anderson, namun keberadaan Bohr dirahsiakan atas sebab keselamatan. Tidak lama selepas itu, Chadwick membuat persediaan untuk Niels dan anaknya Aage membuat lawatan ke Amerika Syarikat.[9] Bohr tiba di Washington, D.C. pada 8 Disember 1943 untuk bertemu dengan pengarah Projek Manhattan, Jeneral Brigadier Leslie R. Groves, Jr. Beliau turut menghadiri Makmal Negara Los Alamos di New Mexico, di mana senjata nuklear sedang dibangunkan tentera Amerika.[10] Projek Manhattan ini didorong dengan bantuan United Kingdom dan Kanada sebagai suatu strategi menentang serangan pihak-pihak Paksi yang tersebar di pelusuk dunia ketika perang dunia ini berlangsung, Bohr sendiri menyedari bahawa pembangunan senjata baru ini boleh merubah hubungan antarabangsa.

Keluarga

sunting

Pada 1910, Bohr bertemu dengan Margrethe Nørlund, kakak kepada Niels Erik Nørlund.[11] Mereka berkahwin dalam suatu upacara sivil di dewan bandar Slagelse pada 1 Ogos 1912.[12]

Bohr and Margrethe dikurniakan enam anak.[13] Anak sulung mereka Christian meninggal akibat suatu kemalangan bot pada 1934,[14] Harald yang kedua meninggal setelah menghidap meningitis.[13] Aage Bohr yang ketiga menjadi seorang ahli fizik yang berjaya, malah turut dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik sepertimana ayahnya pada tahun 1975.

Sumbangan dalam fizik

sunting

Model Bohr

sunting

Beliau mengadaptasikan struktur nuklear yang dibangunkan Ernest Rutherford dengan teori kuantum Max Planck lalu menghasilkan model atomnya sendiri.[15]

Fizik kuantum

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Rozental 1967, m/s. 168.
  2. ^ a b Rhodes 1986, m/s. 483–484.
  3. ^ Hilberg 1961, m/s. 596.
  4. ^ Kieler 2007, m/s. 91–93.
  5. ^ Stadtler, Morrison & Martin 1995, m/s. 136.
  6. ^ Pais 1991, m/s. 479.
  7. ^ Jones 1985, m/s. 280–281.
  8. ^ Powers 1993, m/s. 237.
  9. ^ Cockroft 1963, m/s. 46.
  10. ^ Pais 1991, m/s. 498–499.
  11. ^ Pais 1991, m/s. 112.
  12. ^ Pais 1991, m/s. 133–134.
  13. ^ a b Pais 1991, m/s. 226, 249.
  14. ^ Stuewer 1985, m/s. 204.
  15. ^ Bohr, Niels (1913). "On the Constitution of Atoms and Molecules, Part II Systems Containing Only a Single Nucleus" (PDF). Philosophical Magazine. 26 (153): 476–502. doi:10.1080/14786441308634993.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting