Nenek Bongkok Tiga

Nenek Bongkok Tiga ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2023 arahan Yusry Abdul Halim dan dicipta oleh Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali, dan Syafie Naswip, siri ini memulakan tayangan perdana di Viu dari 9 Februari 2023 sehingga 30 Mac 2023 dengan 2 episod ditayangkan setiap Khamis.[1]

Nenek Bongkok Tiga
GenreThriller, Misteri, Cerita Rakyat Melayu
PenciptaAzhar Amirulhisyam
Ditulis oleh
  • Azhar Amirulhisyam
  • Ifan Adriansyah Ismail
  • Sammaria Simanjuntak
  • Nonny Boenawan
  • Satpal Kaler
PengarahYusry Abdul Halim
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifKingsley Warner (Viu)
PenerbitZurina Ramli
PenyuntingJohan Bahar
LokasiMalaysia
SinematografiIrwan Munir
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran50–55 minit
Syarikat penerbitan
Independent Pictures
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 Februari 2023 – 30 Mac 2023
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Apabila lapan orang terjaga di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek bongkok tua. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan, bukan sahaja di dalam rumah tersebut dan hutan kelilingnya, tetapi juga berada di dalam dimensi yang tidak dikenali.

Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan mereka dapat kembali ke kehidupan sebelumnya suatu hari nanti.

Pelakon sunting

Kameo
  • Zainal Ariffin Ismail sebagai Hos TV

Penerbitan sunting

Nenek Bongkok Tiga diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022. Ia diarahkan oleh Yusry Abdul Halim yang sebelum ini pernah mengarahkan Ganjil dan She Was Pretty dan merupakan kisah seram melibatkan unsur ghaib yang telahpun menjadi bualan ramai di media sosial. Siri ini diterbitkan Zurina Ramli di bawah syarikatnya, Independent Pictures yang pernah menerbitkan She Was Pretty dan Black Musim Ke-2 untuk Viu. Siri ini juga dicipta oleh Azhar Amirulhisyam yang pernah menulis beberapa siri di Viu seperti Ganjil dan Seribu Nina.[4] Penggambaran dijalankan selama 55 hari.[5]

Dalam Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023, Nenek Bongkok Tiga diangkat sebagai pemenang nasional (Malaysia) bagi 5 anugerah, kemenangan terbesar antara semua karya dari Malaysia.

Anugerah dan Pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan Rujukan
2023 Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023 Program Terbaik Dari Streamer/OTT Nenek Bongkok Tiga Pemenang (Malaysia) [1][2][6]
Arahan Terbaik (Fiksyen) Yusry Abd Halim Pemenang (Malaysia)
Pelakon Pembantu LelakI Terbaik Syafie Naswip Pemenang (Malaysia)
Suntingan Terbaik Johan Bahar Pemenang (Malaysia)
Kesan Visual dan Efek Khas Terbaik dalam Siri TV atau Filem Yureka FX Pemenang (Malaysia)
Anugerah Televisyen Asia ke-28 Program/Siri Digital Fiksyen Terbaik Nenek Bongkok Tiga Pencalonan [3]
Lakon Layar Terbaik Azhar Amirulhisyam Pencalonan

Keluaran sunting

Nenek Bongkok Tiga memulakan siaran serentak di Viu dan Astro Ria bermula 9 Februari 2023 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m "Drama Nenek Bongkok Tiga". My Infotaip. 24 Oktober 2022. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  2. ^ "Hun Haqeem - "Nenek Bongkok Tiga Drama Yang 'Dark Refreshing' Untuk Penonton Malaysia". Remaja. 25 November 2022. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  3. ^ Maszuhaira Sarimin (9 Februari 2023). "[V] 'Nenek Bongkok Tiga' bongkar kisah silam Meerqeen, sampai tak mandi dan biar wajah berjerawat". mStar Online. Dicapai pada 4 April 2023.
  4. ^ Rubini Nagarajah (2 Disember 2022). "Viu Malaysia Umum 5 'Viu Original' Untuk Tahun 2023 Termasuk 'Nenek Bongkok Tiga'". Getaran. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  5. ^ Amin Hazlan (8 September 2022). "Angkat elemen permainan tradisional dalam 'Nenek Bongkok Tiga', penerbit perjelas bukan 'Squid Games' versi Melayu". mStar Online. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  6. ^ (PDF) https://aaca.wpenginepowered.com/wp-content/uploads/2023/10/Full-List-NW-2023_-by-Categories-Announced-28.9.2023-R.pdf. Missing or empty |title= (bantuan)
  7. ^ Tahir Alhamzah (9 Februari 2023). "#Showbiz: Dark fantasy drama 'Nenek Bongkok Tiga' premieres on Viu" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 April 2023.

Pautan luar sunting