Neoproterozoik
Era Neoproterozoik 1000–541 juta tahun dahulu | |
Peristiwa-peristiwa penting dalam Neoproterozoik -1050 — – -1000 — – -950 — – -900 — – -850 — – -800 — – -750 — – -700 — – -650 — – -600 — – -550 — – -500 — Satu anggaran skala masa bagi peristiwa-peristiwa penting Neoproterozoik. Skala paksi menegak: juta tahun dahulu. |
Era Neoproterozoik adalah satu unit masa geologi dari 1,000 hingga 541 juta tahun dahulu.[1][2]
Era ini adalah era terakhir bagi Supereon Prakambrium dan Eon Proterozoik, dan dibahagikan kepada zaman Tonian, Cryogenian, dan Ediacaran. Ia didahului oleh era Mesoproterozoic dan diikuti dengan era Paleozoik yang berada dalam eon Fanerozoik.
Pengglasieran yang paling teruk dalam rekod geologi adalah pengglasieran yang berlaku semasa Cryogenian, apabila lembar ais mungkin telah sampai ke khatulistiwa dan membentuk "Bumi Bola Salji".
Fosil kompleks metazoa yang terawal dijumpai pada zaman Ediacaran. Organisma-organisma ini menjadi biota Ediacaran, termasuk haiwan yang paling tua dicatatkan dalam rekod fosil.
Menurut Rino dan rakan sekerjanya, jumlah kerak benua yang terbentuk dalam orogeni Pan-Afrika dan orogeni Grenville menjadikan Neoproterozoik satu zaman yang terhasilnya bilangan kerak benua paling banyak dalam sejarah Bumi.[3]
GeologiSunting
RujukanSunting
- ^ J. Butterfield, Nicholas (5 Oktober 2015). "The Neoproterozoic". Current Biology (dalam bahasa Inggeris). 25 (19): R859–R863. doi:10.1016/j.cub.2015.07.021. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ Ogg, James G.; Ogg, Gabi; Gradstein, Felix M. (2008). The Concise Geologic Time Scale (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 184. ISBN 978-0-521-89849-2. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ Rino, S.; Kon, Y.; Sato, W.; Maruyama, S.; Santosh, M.; Zhao, D. (2008). "The Grenvillian and Pan-African orogens: World's largest orogenies through geologic time, and their implications on the origin of superplume". Gondwana Research (dalam bahasa Inggeris). 14 (1–2): 51–72. Bibcode:2008GondR..14...51R. doi:10.1016/j.gr.2008.01.001. Dicapai pada 29 Julai 2020.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Neoproterozoik |