Kamen Rider (Skyrider)

(Dilencongkan dari New Kamen Rider)

Kamen Rider (Jepun: 仮面ライダー, Hepburn: Kamen Raidā, Masked Rider dalam bahasa Inggeris) ialah siri televisyen tokusatsu Jepun. Ia merupakan program ke-6 dalam Siri Kamen Rider. Namanya sama dengan siri pertama dalam francais, dan peminat biasanya memanggil siri ini sebagai New Kamen Rider (Jepun: 新しい仮面ライダー, Hepburn: Atarashi Kamen Raidā) atau Skyrider (Jepun: スカイライダー, Hepburn: Sukairaidā) (sempena watak utama) untuk membezakannya dengan yang asal. Siri ini ditayangkan di TBS dari 5 Oktober, 1979 hingga 10 Oktober, 1980, bertahan 54 episod. Siri ini ialah produksi kerjasama antara Toei dan Ishinomori Productions, dan dicipta oleh Shotaro Ishinomori. Ia disiarkan seiap Sabtu pada 7:00 PM.

Kamen Rider
GenreTokusatsu
PenciptaShotaro Ishinomori
Dibintangi oleh
Hiroaki Murakami
Negara asalJepun Jepun
Bilangan episod54
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit
Penyiaran
Saluran asalTBS
Siaran asal5 Oktober, 1979 – 10 Oktober, 1980