Ng Suee Lim

ahli politik Malaysia

Dato' Ng Suee Lim (lahir 13 Julai 1970) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kampung Baru Selangor dan ADN Sekinchan. Di peringkat parti beliau merupakan Naib Pengerusi DAP Selangor.

Ng Suee Lim
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Menyandang jawatan
21 Ogos 2023
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului olehNg Sze Han (Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru)
Hee Loy Sian (Pelancongan)
PortfolioPembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Pembangunan Kampung Baru
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
26 Jun 2018 – 19 September 2023
SultanSultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului olehHannah Yeoh Tseow Suan
Digantikan olehLau Weng San
Ahli Dewan Negeri Selangor
bagi Sekinchan
Menyandang jawatan
21 Mac 2004
Didahului oleh Chia Kim Lem
Majoriti344 (2004)
190 (2008)
2,239 (2013)
2,844 (2018)
4,018 (2023)
Naib Pengerusi DAP Selangor
Menyandang jawatan
10 November 2024
Berkhidmat with Ean Yong Hian Wah
Pengerusi DAP SelangorNg Sze Han
Maklumat peribadi
Lahir
Ng Suee Lim

(1970-07-13) 13 Julai 1970 (umur 55)
Klang, Selangor
Parti politik PH-DAP
PasanganBee Ha (Meninggal dunia 2016)
Anak4
KediamanShah Alam, Selangor
PekerjaanAhli Politik

Beliau merupakan satu-satunya Ahli Dewan Negeri Selangor dari kalangan kaum Cina yang fasih berbahasa dalam dialek bahasa Jawa.[1]

Politik

sunting

Beliau terlibat dalam politik khususnya DAP setelah banyak membaca kenyataan media dan buku oleh pengasas DAP, Lim Kit Siang sejak di darjah 6, 1981-1982. Beliau selalu hadir dalam jamuan makan malam yang dianjurkan oleh pemimpin politik tempatan bagi mengumpulkan derma. Di dalam kelas pula, beliau selalu berdebat dengan cikgu Sejarah tentang beberapa peristiwa sejarah sehingga beliau dilabel sebagai pembangkang. Tahun 1995, beliau menjadi ketua DAP cawangan Kapar.

Pemecatan Dato Sri Anwar Ibrahim pada 1998 menyebabkan beliau terpanggil untuk berdemo dan memberi ceramah. Dalam Pilihan raya 1999 beliau dicadangkan oleh Ronnie Liu Tian Khiew dan Teng Chang Khim bertanding di DUN Sekinchan kerana tiada lagi veteran politik yang mahu bertanding di sana. Beliau bertanding pada usia 20-an dan kalah 2044 undi tetapi menang di kawasan Melayu kerana dia boleh berbahasa Jawa. Komposisi penduduk Sekinchan ialah 42% Melayu, 56% Cina dan 2% India. Melayu pula berketurunan Jawa dan Banjar.

Dalam Pilihan raya 2004, ramai pengundi kembali menyokong BN dan ramai calon DAP, PKR dan PAS kalah. Tetapi Ng Suee Lim menang di Sekinchan dengan majoriti 344 undi.Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 5403 undi dengan majoriti 190 undi.[2]

Keputusan Pilihan Raya

sunting

Dewan Undangan Negeri (DUN)

sunting
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Sekinchan Ng Suee Lim PH (DAP) 10,232 Goh Gaik Meng PN (BERSATU) 6,214 4,018
2018 Ng Suee Lim PH (DAP) 7,863 Lee Yee Yuan BN (MCA) 5,019 2,844
Mohd Fadlin Taslimin PAS 2,351
2013 Ng Suee Lim DAP 8,107 Kek Seng Hooi BN (MCA) 5,868 2,239
2008 Ng Suee Lim DAP 5,403 Puah Boon Choon BN (MCA) 5,213 190
2004 Ng Suee Lim DAP 4,903 Chia Kim Lem BN (MCA) 4,559 344
1999 Ng Suee Lim DAP 3,728 Chia Kim Lem BN (MCA) 5,772 2,044
Saari Kiban BEBAS 492

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Speaker DUN Selangor yang baharu fasih ngomong Jowo
  2. ^ Kenali Ng Suee Lim
  3. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-05-28.