Ngajat Ngalu Temuai

Ngajat Ngalu Temuai merupakan sejenis tarian Ngajat yang dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.[1]

Tarian Ngajat Ngalu Temuai
Tarian Ngajat dipersembahkan di Kampung Budaya Sarawak, Sarawak, Malaysia
Nama asliTandak Ngajat Ngalu Temuai, Tanda' Ajat Ngalu Temuai
Tanda' Ngajat
GenreTradisional
Alat muziktawak, bebendai, ketebung dan engkerumung
Asal usulSarawak, Malaysia — juga popular di Kalimantan Barat

Tarian ini dipersembahkan sambil mengiringi tetamu sehingga ke ruai tuai rumah. Tarian ini sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir ke rumah panjang semasa perayaan Hari Gawai atau perayaan-perayaan yang lain. Tarian ini boleh dipersembahkan pada majlis keramaian atau menyambut kedatangan tetamu.

Rujukan sunting

  1. ^ "TARIAN NGAJAT IDENTITI ISTIMEWA MASYARAKAT IBAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-25. Dicapai pada 2013-08-25.

Pautan luar sunting