Ngarai Besar Greenland

Ngarai Besar Greenland, digelar Ngarai Mega oleh sesetengah saluran keluar media, ialah sebuah ngarai dengan panjang rekod yang ditemui di bawah lembar ais Greenland, menurut satu pengumuman pada akhir Ogos 2013.[1]

Animasi ngarai.

Data radar menembusi-ais yang dikumpul semasa Operation IceBridge NASA menunjukkan sebuah ngarai subglasier amat besar[1] bermula dari bahagian tengah pulau menuju utara ke arah Lautan Artik, ke fjord Glasier Petermann. Ngarai ini berkemungkinan mempengaruhi aliran air pangkal dari dalam lembar ais ke bahagian tepi. Jonathan Bamber, seorang ahli geografi di Universiti Bristol, menyatakan, "Dinding berbentuk-V dan dasar rata tersendiri menunjukkan air mengukir lembah terbenam ini, bukan ais."[1]

Dimensi ngarai ini lebih 750 kilometer (466 bt) panjang, sehingga 800 meter (2,600 ka) dalam dan 10 kilometer (6 bt) lebar, mnjadikannya ngarai terpanjang pernah ditemui di Bumi kini.[2] Bagaimanapun, terdapat banyak ngarai — termasuk Grand Canyon Arizona — yang lebih dalam.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Oskin, Becky, 'Grand Canyon of Greenland' discovered under ice sheet, NBC News, 29 Ogos 2013
  2. ^ Becky Oskin. ""Grand Canyon of Greenland Discovered under Ice"". News.discovery.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-11. Dicapai pada 2013-09-02.