Ngayau (turunan kata akar Proto-Austronesia *ŋayaw[1]) atau kayau merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini,[bila?] tradisi memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan oleh kerajaan terutamanya pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak[nyatakan menurut siapa?] berpendapat atau berfahaman bahawa, "lelaki Iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita".[perlu rujukan] Hal ini kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya. Sebenarnya kenyataan itu tidak 100% tepat, malah masih boleh dipersoalkan.[perlu rujukan] Dikatakan sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat Iban di rumah-rumah panjang, selain orang bujang ada juga individu yang telah berkeluarga menyertai ekspedisi memburu kepala.[perlu rujukan]

Oleh itu, paling tepat kalau dikatakan bahawa aktiviti ngayau dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat.[perlu rujukan] Dalam erti kata lain, "ngayau" juga berperanan untuk menaikkan taraf sosial seseorang.[perlu rujukan] Orang yang pernah memperolehi kepala dalam aktiviti ngayau yang disertainya akan digelar sebagai "Bujang Berani" serta dikaitkan dengan hal-hal sakti.[perlu rujukan]

Ternyata bahawa masyarakat Iban tradisional tidak memandang ngayau sebagai perkara yang memudaratkan.[perlu rujukan] Malah berdasarkan cerita lisan masyarakat Iban juga, ngayau sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif.[perlu rujukan] Misalnya, ngayau sebagai lambang keberanian, simbol kelelakian, serta martabat sosial.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*ŋayaw: headhunting". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 21 November 2022.