Dato' Ngeh Koo Ham ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Beruas. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak (2018-2020), ADUN Sitiawan (kini Astaka) selama tiga penggal (2004-2018) dan mantan EXCO Perak (2008-2009).

Yang Berhormat Dato'

Ngeh Koo Ham

D.P.M.P.
倪可汉
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Beruas
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului oleh Lim Keng Yaik
Majoriti33,971 (PRU-15)
27,954 (PRU-14)
5,057 (PRU-13)
1,828 (PRU-12)
Penasihat Parti Tindakan Demokratik Negeri Perak
Memegang jawatan
9 Disember 2013
Pengerusi NegeriNga Kor Ming
Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 12 Mei 2020
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Didahului oleh Thangasvari Suppiah
Digantikan oleh Mohammad Zahir Abdul Khalid
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Sitiawan
Dalam jawatan
2004–2018
Didahului oleh Hu Chan You
Digantikan olehKawasan dinamakan kepada DUN Astaka
Majoriti11,820 (PRU-13)
8,529 (PRU-12)
5,137 (PRU-11)
Ahli Kanan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
2008–2009
Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin
PortfolioInfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Negeri Perak
Dalam jawatan
1998–2013
Didahului olehLau Dak Kee
Digantikan olehNga Kor Ming
Butiran peribadi
Lahir (1961-09-29) 29 September 1961 (umur 62)
Ayer Tawar, Perak
Parti politik Parti Tindakan Demokratik
PasanganDatin Cheok Foong Ling
PekerjaanAhli politik, peguam

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Negeri Perak[1][2][3]
Tahun Kawasan Nama Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
1999 N24 Pasir Pinji Ngeh Koo Ham (DAP) 7,849 46.11% Chan Kam (MCA) 8,868 52.10% 17,022 1,019 65.95%
2004 N50 Sitiawan Ngeh Koo Ham (DAP) 9,874 54.92% Ling Mee Lin (MCA) 4,737 26.35% 17,980 5,137 65.81%
2008 Ngeh Koo Ham (DAP) 12,381 74.38% Ding Siew Chee (MCA) 3,852 23.12% 16,645 8,529 70.43%
2013 Ngeh Koo Ham (DAP) 17,292 74.75% Ting Tai Fook (MCA) 5,472 23.66% 23,133 11,820 81.00%
Parliamen Malaysia[1][2][3]
Tahun Kawasan Nama Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
1990 P062 Beruas Ngeh Koo Ham (DAP) 13,026 46.99% Lim Keng Yaik (GERAKAN) 13,889 50.11% 27,718 863 71.38%
1995 P063 Batu Gajah Ngeh Koo Ham (DAP) 18,576 46.32% Yeong Chee Wah (MCA) 20,155 50.25% 40,110 1,579 68.63%
1999 P061 Ipoh Timor Ngeh Koo Ham (DAP) 23,146 45.90% Thong Fah Chong (MCA) 25,273 50.12% 50,422 2,127 64.73%
Mohd Yusoff Omar (MDP) 427 0.85%
2008 P068 Beruas Ngeh Koo Ham (DAP) 15,831 51.36% Chang Ko Youn (GERAKAN) 14,003 45.43% 30,821 1,828 71.22%
2013 Ngeh Koo Ham (DAP) 21,939 56.51% Chang Ko Youn (GERAKAN) 16,882 43.49% 39,586 5,057 80.45%
2018 Ngeh Koo Ham (DAP) 41,231 68.01% Pang Chok King (GERAKAN) 13,277 21.90% 60,267 27,954 75.98%
Md Nazeer KM Hamid (PAS) 5,759 9.50%
2022 Ngeh Koo Ham (DAP) 46,710 64.72% Ding Siew Chee (MCA) 12,724 17.63% 72,173 33,971 66.17%
Ong Kean Sing (GERAKAN) 12,739 17.65%

Isu dan tengkarah

sunting

Pelantikan Menteri Besar Perak

sunting

Pascapilihan raya negeri 2008, beliau tersenarai sebagai salah seorang daripada 3 ADUN dari Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Perak.[4] Bagaimanapun Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berkenan melantik calon PAS, Mohammad Nizar Jamaluddin ke jawatan tersebut.

Penerimaan gelaran Datuk

sunting

Ngeh dikurniakan darjah kebesaran Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato' sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-80 pada 19 April 2008. Beliau dipercayai menjadi ahli DAP pertama yang menerima anugerah kebesaran daripada mana-mana sultan di Malaysia.[5]

Menyentuh isu sensitiviti agama

sunting

Pada 16 September 2012, Ngeh telah menulis dalam laman sosial Twitter, “Khairy mahu umat Islam berdemo menentang (klip video) Sam Bacile, untuk Islam atau kepentingan politik? Kenapa umat Islam membuang masa dan tenaga untuk semua ini.” [6] Kenyataan itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan beberapa pihak kerana menyentuh isu yang berkait dengan agama Islam.

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Perak
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' (2008)

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 July 2010. Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  3. ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 5 May 2013. Results only available for the 2013 election.
  4. ^ "Kit Siang bantah Nizar MB Perak..." Malaysiakini. 2008-03-12. Dicapai pada 2023-12-30.
  5. ^ "773 terima anugerah kebesaran Sultan Perak" (PDF).
  6. ^ "Ngeh Koo Ham keluarkan pandangan peribadi, kata Hatta Ramli". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-22. Dicapai pada 2012-09-20.