Nia Ramadhani
Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani atau Nia Ramadhani (lahir di Jakarta, 16 April 1990; umur 33 tahun) ialah seorang pelakon Indonesia dengan keturunan campuran Norway, Belanda dan Sunda.
Nia Ramadhani | |
---|---|
Kelahiran | Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani 16 April 1990 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1995 - kini |
Ketinggian | 170 cm (5 ka 7 in) |
Pasangan | Anindra Ardiansyah Bakrie (k. 2010) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Biografi sunting
Nia dan kakaknya, Thalita Ramadhani dibesarkan oleh ibunya, Chanty Mercia setelah kedua orang tua mereka bercerai ketika Nia berumur 4 tahun. Nia Ramadhani juga pernah rapat dengan anggota daripada peribadi Samsons, Bams.
Kerjaya sunting
Nia memulakan kerjayanya di dunia lakonan sejak usianya menjangkau 15 tahun. Namanya mula dikenali ketika membintangi drama "Bawang Merah Bawang Putih". Dalam drama ini, Nia berlakon bersama dengan aktor veteran seperti Dwi Yan, Lydia Kandou, Nena Rosier serta pelakon remaja Dimaz Andrean Hardy dan Revalina S Temat. Sehingga pada tahun 2007, Nia telah berlakon lebih daripada 10 buah drama. Dari kejayaan beliaulah, Nia diberi kepercayaan untuk berlakon di layar perak. Pada tahun 2007, Nia bersama-sama dengan pelakon-pelakon remaja yang lain seperti Mike Lewis, Donita, Eva Anindhita dan Lia Waode menjayakan sebuah filem seram bertajuk "Suster Ngesot" arahan Arie Aziz. Dalam filem pertamanya, pemilik wajah cerah ini diarah untuk melakukan adegan ciuman dengan artis baru, Mike Lewis, seorang model kacukan Kanada. Setelah berlakon dalam Suster Ngesot, Nia berlakon lagi dalam filem seram, Hantu Jembatan Ancol (2008) dan berketerampilan seksi dengan memakai bikini. Bahkan ibundanya menyatakan bahawa dia tidak suka dengan 'penampilan terbuka' Nia.[1][2] Dalam pada tahun yang sama, Nia berlakon dalam filem seram juga Kesurupan. Menjelang penayangan filem ini, di Internet tersebar gambar-gambar Nia memakai bikini bergambar bersama dengan beberapa lelaki di kolam renang. Namun, kekecohan tersebut hanya dijawab secara spontan oleh Nia dan dia menyatakan wajar memakai bikini di kolam renang.[3]
Kehidupan peribadi sunting
Nia pernah menjalin hubungan dengan penyanyi R&B, Ressa Herlambang, namun hubungan mereka tidak kekal lama. Nia juga pernah menjalinkan hubungan dengan Bambang Reguna Bukit atau yang lebih dikenali sebagai Bams, salah seorang ahli kumpulan muzik Samsons. Hubungan mereka pula tidak berkekalan dan diwarnai dengan isu terdapat orang ketiga.[4][5] Setelah itu Nia dikhabarkan rapat dengan anak lelaki bongsu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono,[6] dan juga dengan anak saudara calon gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo, Adnan Puritcha Ichfan Yasin Limpo.[7]
Nia kini telah berkahwin pada usia yang muda (20 tahun), dengan seorang pengerusi utama stesen televisyen, tvOne, Ardiansyah Bakrie[8], yang juga merupakan anak kepada Aburizal Bakrie, seorang pengusaha dan ahli politik Indonesia yang terkenal. Perkahwinan tersebut telah diadakan pada 1 April 2010. Setelah berkahwin dengan Ardi Bakrie, Nia memutuskan untuk berhenti dari dunia hiburan. Pada Oktober 2010, Nia dengan rasminya menukar namanya kepada Ramadhania Ardie Bakrie. Anak pertama Nia dilahirkan pada 2 Jun 2012 dan diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie.
Sinetron sunting
- "Srimulat"
- "Saras 008"
- "Unyil"
- "Bidadari 2" sebagai Helen
- "Hantu Cilik" (2003) sebagai Lina
- "Inikah Rasanya" (2003) sebagai Niken
- "Surga di Telapak Kaki Ibu" (2003) sebagai Bunga
- "Kisah Adinda" (2004) sebagai Olga
- "Sitti Nurbaya" (2004) sebagai Sitti Nurbaya
- "Bawang Merah Bawang Putih (sinetron RCTI)" (2004) sebagai Siska/Bawang Merah
- "Iman (sinetron)" (2005)
- "Leida" (2005) sebagai Nabila
- "Benci Jadi Cinta" (2006) sebagai Alya
- "Gue Sihir Lu" (2006) sebagai Luna/Sofie
- "Hikmah 3" (2006) sebagai Marla
- "Ratapan Anak Tiri" (2006) sebagai Nina/Marsha (pelakon kedua)
- "Ridho" (2006) sebagai Aisyah
- "Alisha (sinetron)" (2007) sebagai Alisha
- "Cinta Jangan Buru-Buru" (2007) sebagai Mia
- "Cinta Kirana" (2008) sebagai Kirana
- "Syarifa" (2008) sebagai Syarifa
- "Kian (sinetron)" (2008)
- "Alisa" sebagai Natasha
- "Cinta Nia" (2009) sebagai Nia
- "Timur Cinta" sebagai Alisha
- "Cinta Andre Kauffman"
- "Legenda: 7 Bidadari"
- Putri Nomer Satu
Filem sunting
- "Suster Ngesot" (2007) sebagai Vira
- "Hantu Jembatan Ancol" (2008) sebagai Donna
- "Kesurupan" (2008) sebagai Felina
Video klip sunting
Komedi sunting
- Extravaganza ABG
- Jawaraku
- Lesehan
- Namaku Arin
Iklan sunting
Rujukan sunting
- ^ Pakai Bikini, Nia Ramadhani Diomeli Ortu, KapanLagi.com, diakses 19 April 2008
- ^ Berbikini Ria di Film, Nia Ramadhani Was-Was Diarkibkan 2010-04-30 di Wayback Machine, KapanLagi.com, diakses 19 April 2008
- ^ Foto Berbikini Bareng Cowok Macho Beredar, Nia Ramadhani Cuek, KapanLagi.com, diakses 19 April 2008
- ^ Nia Ramadhani Putuskan Bams, KapanLagi.com, diakses 4 April 2008
- ^ Nia Ramadhani Ogah Ingat - Ingat Bams, KapanLagi.com, diakses 4 April 2008
- ^ Nia Ramadhani Ngaku Dekat Dengan Anak SBY, KapanLagi.com, diakses 4 April 2008
- ^ Nia Ramadhani Pacari Anak Calon Gubernur?, KapanLagi.com, diakses 4 April 2008
- ^ "Nia Ramadhani". Short Bio. Dicapai pada 2013-09-30.
Pautan luar sunting
- (Indonesia) Profil di laman KapanLagi.com.