Niat (lagu Elyana)

"Niat" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Elyana, dikeluarkan pada 10 Ogos 2001 sebagai single sulungnya yang dimuatkan dalam album kompilasi Niat: Pilihan Bestari Patrick Khamis.[1][2][3][4] Lagu ini ialah hasil nukilan Patrick Khamis dan menjadi antara lagu paling hits sekaligus melancarkan kerjaya muzik Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.[5][6] "Niat" menjadi kejayaan komersial, dan mencapai kedudukan pertama di carta Muzik FM, kedua di Carta Era dan keempat di carta Muzik Muzik. Versi baharu lagu ini telah diterbitkan dan diberi nafas baharu dengan tajuk "Niat 2008", dimuatkan dalam album keempat Elyana, Jadi Diriku (2007).

"Niat"
Single oleh Elyana
daripada album Niat: Pilihan Bestari Patrick Khamis
Dilancarkan pada10 Ogos 2001
Dirakamkan pada2001
Format
GenreBalada
Panjang5:08
SyarikatFMC Music
PenulisPatrick Khamis
PenerbitPatrick Khamis
Kronologi Kronologi single Elyana
"Niat" ""Rela"
(2002)"
"Niat" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[7]
  1. "Niat" – 5:08

Carta sunting

Carta (2001) Kedudukan
carta
Carta Muzik Muzik 4
Carta Era 2
Carta Muzik FM 1

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 10 Ogos 2001 Muat turun digital[7]
pensitriman digital[8]
FMC Music

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2002 Anugerah Industri Muzik ke-9 Artis Harapan "Niat"/Elyana Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-17 Balada "Niat" Gagal Mara

Rujukan sunting

  1. ^ Khadijah Ibrahim (6 Disember 2001). "Niat popularkan Elyana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  2. ^ Zul Husni Abd Hamid (5 Disember 2001). Elyana gembira Niat diterima peminat Berita Harian. Dicapai pada 10 Disember 2018.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (13 Mei 2002). Elyana - Merintis nama popular Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  4. ^ Haswari Ali (14 April 2002). Elyana tampil imej sendiri Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2002.
  5. ^ Izyan Liyana Mohd Darif (5 Januari 2009). "Elyana dulu, kini". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2017. Dicapai pada 26 Jun 2009.
  6. ^ Dennis Chua (25 April 2019). "#Showbiz: Being Elyana". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  7. ^ a b "Niat - Single by Elyana". iTunes (MY). Dicapai pada 12 Disember 2018.
  8. ^ "Niat - Single by Elyana". Spotify. Dicapai pada 12 Disember 2018.