Nickelodeon Bananana! TV9

Nickelodeon Bananana TV9 (dahulu dikenali sebagai Nick di 9) ialah satu slot rancangan di TV9 yang menyiarkan rancangan-rancangan Nickelodeon dan Nick Jr. yang telah dialih bahasa ke bahasa Melayu.

Slot rancangan ini bersiaran setiap hari (sehingga 1 April 2016) pada 2.30 petang hingga 5.30 petang. Selepas CJ Wow Shop (kini Wow Shop) mengambil alih slot itu, Nick di TV9 beralih ke siaran pukul 8.30 pagi sehingga 10:00 pagi dan bertukar lagi ke siaran malam pada pukul 7:30 malam sehingga 8.00 malam. Slot Nickelodeon Bananana! TV9 ditamatkan pada 4 Mac 2018.

Pada lewat Mac 2019, slot rancangan Nickelodeon Bananana! TV9 dipindahkan ke TV3 dengan nama baru iaitu Nickelodeon Bananana? TV3.

Slot Nickelodeon Bananana! TV9 membuat kemunculan semula mulai 1 September 2021.[1]. Namun, slot ini telah ditamatkan sekali lagi pada 2022 disebabkan kekurangan penonton. [perlu rujukan]

Rancangan Nickelodeon Bananana? TV9 sunting

Tidak Disiarkan Lagi sunting

Rujukan sunting