Nicolás Maduro Moros (Sebutan Sepanyol: [nikoˈlaz maˈðuɾo ˈmoɾos]; lahir 23 November 1962) ialah seorang ahli politik Venezuela yang kini menjadi Presiden Venezuela sejak 2013. Sebelum itu beliau merupakan Naib Presiden dan Menteri Luar Negeri Venezuela. Maduro menjadi pemangku Presiden selepas kematian Hugo Chávez. Beliau seterusnya terpilih sebagai Presiden pada 14 April 2013.

Nicolás Maduro
Presiden Venezuela
Memegang jawatan
19 April 2013
Pemangku: 5 March 2013 – 19 April 2013
Naib PresidenJorge Arreaza (2013–16)
Aristóbulo Istúriz (2016–17)
Tareck El Aissami (sejak 2017)
Didahului olehHugo Chávez
Setiausaha Agung Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Memegang jawatan
17 September 2016
Didahului olehHassan Rouhani
Presiden pro tempore Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan
Memegang jawatan
23 April 2016
Didahului olehTabaré Vázquez
Naib Presiden Venezuela
Dalam jawatan
13 Oktober 2012 – 5 Mac 2013
PresidenHugo Chávez
Didahului olehElías Jaua
Digantikan olehJorge Arreaza
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
9 Ogos 2006 – 15 Januari 2013
PresidenHugo Chávez
Didahului olehAlí Rodríguez Araque
Digantikan olehElías Jaua
Presiden Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
5 January 2005 – 7 August 2006
Didahului olehFrancisco Ameliach
Digantikan olehCilia Flores
Butiran peribadi
LahirNicolás Maduro Moros
(1962-11-23) 23 November 1962 (umur 61)
Caracas, Venezuela
Parti politikParti Sosialis Bersatu (2007–kini)
Gerakan Republik Kelima (Sebelum 2007)
PasanganCilia Flores
Anak-anakNicolás Maduro Guerra[1]
KediamanIstana Miraflores
Tandatangan
Laman web rasmiLaman rasmi

Kedudukan beliau kini dalam keadaan yang genting apabila beliau mengangkat sumpah di hadapan Tribunal Agung Venezuela buat kali kedua sebagai Presiden pada 10 Januari 2019. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Pertubuhan Negara-Negara Amerika yang melihat perkara tersebut sebagai tidak sah serta menuntut pilihan raya baru diadakan;[2] Perhimpunan Kebangsaan Venezuela membalas dengan mengisytiharkan darurat[3] manakala ada beberapa negara yang membawa balik duta-duta dari negara tersebut. Perhimpunan Kebangsaan turut melantik Juan Guaidó sebagai Presiden interim yang turut diiktiraf beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.[4]

Awal hidup sunting

Nicolás Maduro Moros lahir pada 23 November 1962 di Caracas, Venezuela; beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pekerja.[5][6][7]

Maduro menghadiri sekolah awam Liceo José Ávalos di El Valle,[8][9] di mana beliau diperkenalkan kepada selok-belok siasah apabila menganggotai kesatuan pelajar sekolahnya.[10] Beliau dicatatkan tidak menghabisi persekolahannya di sana.[11]

Beliau mengambil pekerjaan sebagai seorang pemandu bas untuk syarikat Caracas Metro selama bertahun-tahun. Dalam pekerjaan inilah beliau mula terlibat secara aktif dalam politik apabila mewakili para pekerja syarikat itu secara tidak rasmi sebagai seorang ahli kesatuan sekerja pada tahun 1980-an. Beliau turut diupah sebagai pengawal peribadi José Vicente Rangel sewaktu kempen pencalonan presiden tokoh tersebut pada tahun 1983.[12][13]

Kerjaya politik awal sunting

Beliau mewakili Wilayah Ibu Negara Venezuela dalam sebuah parti politik sosialis, Pergerakan Republik Kelima (Movimiento V [Quinta] República) di mana beliau diundi masuk Dewan Perwakilan Venezuela pada tahun 1998, Dewan Undangan Negara Venezuela pada tahun 1999, dan akhirnya Perhimpunan Kebangsaan Venezuela pada tahun 2000, at all times representing the Capital District. Beliau memegang jawatan Speaker dari 2005 hingga 2006, di mana beliau beralih memegang portfolio Menteri Luar Negeri pada 2006.[14]

Pemegangan jawatan penting sunting

Sebagai Naib Presiden sunting

Selepas kematian Chávez pada 5 Mac 2013, sebagai Naib Presiden, Maduro menjadi pemangku Presiden. Satu pilihan raya khas diadakan pada 14 April 2013 bagi melantik presiden baharu, yang dimenangi Maduro dengan margin tipis sebagai calon Parti Sosialis Bersatu, mendapat 50.8% undi popular. Lawan utamanya dalam pemilihan itu ialah Henrique Capriles, Gabenor Miranda yang mendapat 49%.[15][16]

Sebagai Presiden sunting

Maduro banyak melanjutkan polisi-polisi yang dimulakan mendiang Chávez sehingga menyebabkan turunannya status sosioekonomi di Venezuela di mana kadar jenayah, inflasi, kemiskinan dan kebuluran meningkat dengan pesatnya.[17][18][19][20] Hal ini mencetuskan suatu tindakan tunjuk perasaan besar-besaran yang bermula pada 2014 yang kemudiannya memburuk menjadi rusuhan yang merebak ke seluruh Venezuela.[21][22] Maduro dianggap seperti Chávez, yang menerapkan gaya kepemimpinan otoriter.[23]

Rujukan sunting

  1. ^ "Venezuela's Chavez Says Cancer Back, Plans Surgery". USA Today. 27 August 2014. Dicapai pada 14 January 2015.
  2. ^ "La OEA aprobó la resolución que declara ilegítimo al nuevo gobierno de Nicolás Maduro". Infobae. 10 January 2019.
  3. ^ "National Assembly declares State of Emergency with the usurpation of Maduro as President". Asamblea Nacional. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-11. Dicapai pada 10 January 2019.
  4. ^ "US says it now backs Venezuela opposition". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-24. Dicapai pada 2019-01-24.
  5. ^ "Perfil | ¿Quién es Nicolás Maduro?". El Mundo (dalam bahasa Spanish). 27 December 2012. Dicapai pada 9 March 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Profile: Nicolas Maduro – Americas". Al Jazeera. March 2013. Dicapai pada 9 March 2013.
  7. ^ Lamb, Peter (17 December 2015). Historical Dictionary of Socialism. Rowman & Littlefield. m/s. 289. ISBN 978-1-442-25827-3.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aljazeera2 tidak disediakan
  9. ^ Lopez, Virginia (13 December 2012). "Nicolás Maduro: Hugo Chávez's incendiary heir". The Guardian. London. Dicapai pada 9 March 2013.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan elmundo20122 tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GUARD2013 tidak disediakan
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GUARD20132 tidak disediakan
  13. ^ "Nicolás Maduro a la cabeza de la revolución" Diarkibkan 29 November 2014 di Wayback Machine (in Spanish). Últimas Noticias. 9 December 2012.
  14. ^ de Córdoba, José; Vyas, Kejal (9 Disember 2012). "Venezuela's Future in Balance". Wall Street Journal. Dicapai pada 10 Disember 2012.
  15. ^ Carroll, Rory; Lopez, Virginia (9 Mac 2013). "Venezuelan opposition challenges Nicolás Maduro's legitimacy". The Guardian.
  16. ^ "Venezuela poll: Maduro opponent Capriles demands recount". BBC News. 15 April 2013.
  17. ^ Kevin Voigt (6 Mac 2013). "Chavez leaves Venezuelan economy more equal, less stable". CNN. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  18. ^ Corrales, Javier (7 Mac 2013). "The House That Chavez Built". Foreign Policy. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  19. ^ Siegel, Robert (25 Disember 2014). "For Venezuela, Drop In Global Oil Prices Could Be Catastrophic". NPR. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  20. ^ Scharfenberg, Ewald (1 Februari 2015). "Volver a ser pobre en Venezuela" (dalam bahasa Sepanyol). El Pais. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  21. ^ Washington, Richard (22 Jun 2016). "'The Maduro approach' to Venezuelan crisis deemed unsustainable by analysts". CNBC. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  22. ^ Lopez, Linette. "Why Venezuela is a nightmare right now". Business Insider.
  23. ^ Corrales, Javier; Penfold, Michael (2014). Dragon in the tropics : hugo chavez and the political economy of revolution in venezuela (ed. Second). [S.l.]: Brookings Institution Press. m/s. xii. ISBN 0815725930.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Alí Rodríguez Araque
Menteri Luar Negeri
2006–2013
Diikuti oleh:
Elías Jaua
Didahului oleh
Elías Jaua
Naib Presiden Venezuela
2012–2013
Diikuti oleh:
Jorge Arreaza
Sementara
Didahului oleh
Hugo Chávez
Presiden Venezuela
2013–kini
Pemegang jawatan kini