Nicola Cabibbo (10 April 1935 - 16 Ogos 2010[1]) seorang ahli fizik Itali, yang terkenal dengan kajiannya berkaitan interaksi lemah .

Nicola Cabibbo
Cabibbo (2006)
Kelahiran(1935-04-10)10 April 1935
Meninggal dunia16 Ogos 2010(2010-08-16) (umur 75)
Rom, Itali
WarganegaraItali
Terkenal keranaSudut Cabibbo
AnugerahHadiah Sakurai (1989)
Pingat Matteucci (2002)
Hadiah Pomeranchuk (2009)
Pingat P.A.M. Dirac (2010)
Pingat Benjamin Franklin (2011, posthumus)
Kerjaya saintifik
BidangFizik zarah
InstitusiItalian National Institute of Nuclear Physics
Pontifical Academy of Sciences

Kehidupan sunting

Cabibbo, anak seorang peguam Sicilia, dilahirkan di Rom.[2] Dia menamatkan pengajian fizik teori di Università di Roma "Sapienza University of Rome" pada 1958 di bawah penyeliaan Bruno Touschek. Pada 1963, ketika bekerja di CERN, Cabibbo menemui jawapan kepada permasalahan pereputan lemah zarah aneh, merumuskan apa yang kemudiannya dikenali sebagai kesejagatan Cabibbo. Pada 1967, Nicola menetap di Rom di mana dia mengajar fizik teori. Dia ialah presiden INFN dari 1983 hingga 1992, di mana pada waktu itu Makmal Gran Sasso dirasmikan. Dia juga merupakan presiden agensi tenaga Itali, ENEA, dari 1993 hingga 1998, dan menjadi presiden Pontifical Academy of Sciences dari 1993 hingga akhir hayatnya.[3] Pada 2004, Cabibbo meluangkan satu tahun di CERN sebagai profesor tamu,[2] menyertai kolaborasi NA48/2.

Kajian saintifik sunting

 
Sudut Cabibbo mewakili putaran ruang vektor keadaan eigen jisim yang dibentuk oleh keadaan eigen jisim   ke dalam ruang vektor keadaan eigen lemah yang dibentuk oleh keadaan eigen lemah   . Sudut putaran ialah θC = 13.04°.
 
Nicola Cabibbo dan Makoto Kobayashi

Kajian utama Cabibbo berkaitan interaksi lemah timbul akibat perlunya menjelaskan dua fenomena yang dicerap:

  • Peralihan antara kuark naik dan turun, antara elektron dan neutrino elektron, dan antara muon dan neutrino muon mempunyai kebarangkalian yang sama untuk terjadi (amplitud sama); dan
  • Peralihan yang melibatkan perubahan keanehan mempunyai amplitud yang sama dengan satu perempat daripada yang tidak melalui perubahan keanehan.

Cabibbo menangani isu-isu ini, mengikuti Murray Gell-Mann dan Maurice Lévy, dengan mempostulatkan kesejagatan lemah, yang melibatkan kesamaan pada kekuatan gandingan interaksi lemah antara generasi zarah yang berlainan. Dia menangani masalah kedua dengan memperkenalkan sudut pencampuran θC (kini[4] disebut sudut Cabibbo), antara kuark bawah dan aneh. Ukuran moden menunjukkan bahawa θC = 13.04°.

Sebelum penemuan generasi kuark ketiga, usaha ini diperluaskan oleh Makoto Kobayashi dan Toshihide Maskawa menjadi matriks Cabibbo–Kobayashi–Maskawa. Pada 2008, Kobayashi dan Maskawa berkongsi separuh daripada Hadiah Nobel Fizik untuk hasil kerja mereka. Sebilangan ahli fizik tidak berpuas hati kerana jawatankuasa Hadiah Nobel gagal memberikan penghargaan kepada Cabibbo atas peranan pentingnya.[5][6][7] Ditanya tentang hadiah itu, Cabibbo tidak memberi sebarang komen. Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengannya, dia berasa marah dan kecewa.[8]

Kemudian, Cabibbo mengkaji penggunaan superkomputer untuk mengatasi masalah dalam fizik moden menerusi eksperimen APE 100 dan APE 1000.

Cabibbo menyokong usaha untuk membersihkan nama ahli falsafah Itali yang dihukum mati, Giordano Bruno, dengan merujuki permintaan maaf kepada Galileo Galilei sebagai contoh yang mungkin untuk memperbetulkan kesalahan masa lampau pihak Gereja.[9]

Selepas kematiannya pada 2011, Institut Franklin menganugerahkannya Pingat Benjamin Franklin dalam Fizik.[10]

Kematian sunting

Dia meninggal dunia disebabkan masalah pernafasan, di sebuah hospital di Rom pada 16 Ogos 2010, berusia 75 tahun.

Rujukan sunting

  1. ^ "Morto il fisico Cabibbo Gli fu negato il Nobel". Corriere della Sera (dalam bahasa Itali). 16 August 2010. Dicapai pada 2010-08-16.
  2. ^ a b Altarelli, Guido; Maiani, Luciano; Petronzio, Roberto. "Nicola Cabibbo 1935–2010" (PDF). CERN Courier. 50 (9): 39.
  3. ^ Maiani, Luciano (2010). "Obituary: Nicola Cabibbo (1935–2010)". Nature. 467 (7313): 284. Bibcode:2010Natur.467..284M. doi:10.1038/467284a. PMID 20844530.
  4. ^ Diperkenalkan oleh Murray Gell-Mann dan Maurice Lévy, dalam M. Gell-Mann, M. Lévy (1960). "The Axial Vector Current in Beta Decay". Il Nuovo Cimento. 16 (4): 705–726. Bibcode:1960NCim...16..705G. doi:10.1007/BF02859738.dan dirujuki Cabbibo dalam makalahnya.
  5. ^ 闫同民 (2013). "与2008年诺贝尔物理奖失之交臂的物理学家". 物理双月刊. 35: 354–357.
  6. ^ Valerie Jamieson (7 October 2008). "Physics Nobel snubs key researcher". New Scientist. Dicapai pada 2009-11-06.
  7. ^ "Overlooked for the Nobel: Nicola Cabibbo". Physics World (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-01. Dicapai pada 2021-08-08.
  8. ^ "Nobel, l'amarezza dei fisici italiani" (dalam bahasa Itali). Corriere della Sera. 7 October 2008. Dicapai pada 2009-11-06.
  9. ^ "Un scientifique évoque la réhabilitation d'un théologien brûlé pour hérésie" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-30.
  10. ^ "Benjamin Franklin Medal in Physics". Franklin Institute. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2012. Dicapai pada December 23, 2011.