Nicolas Anelka (lahir 14 Mac 1979 di Versailles, Perancis) merupakan seorang bekas pemain skuad bola sepak kebangsaan Perancis yang bermain di posisi penyerang. Beliau pernah memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA Tahunan musim 1998-99. Abdul Salam Bilal atau nama asalnya Nicolas Anelka, usianya kini 38 tahun. Anelka sudah bersara pada tahun 2015, dan sepanjang tempoh kariernya beliau sudah berkelana untuk lebih daripada 10 kelab. Ada kelab kecil, ada kelab biasa-biasa dan ada juga kelab ternama, dan di setiap kelab itu, Anelka pasti akan pamerkan sentuhannya jaringannya. Awal-awal kariernya beliau sering membuat masalah terutamanya berkaitan hal disiplin. Namun seiring dengan pertambahan usia, dan barangkali juga semakin matang, atau juga sudah ditunjukkan jalan yang lurus, Anelka kian berubah. Lebih profesional, lebih bermanfaat kepada pasukan. Dek kerana itu juga lah, ketika mudanya, beliau kehilangan slot dalam skuad kebangsaan Perancis. Banyak juga kejohanan utama seperti Piala Dunia dan Kejohanan Eropah, namanya tercicir. Andai Anelka berprestasi dan berperilaku baik, beliau mungkin sebaris penyerang terhebat skuad Perancis. Perancis pada masa itu sudah ada Thierry Henry, David Trezeguet kemudian dengan adanya Nicolas Anelka, benteng pertahanan lawan pastinya perlu berkerja lebih keras.

Nicolas Abdul-Salam Bilal Anelka
Maklumat peribadi
Nama penuh Nicolas Anelka
Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 39
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1995–1997
1997–1999
1999–2000
2000–2002
2002
2002–2005
2005–2006
2006–2008
2008–
Paris Saint-Germain
Arsenal
Real Madrid
Paris Saint-Germain
Liverpool (dipinjam)
Manchester City
Fenerbahçe
Bolton Wanderers
Chelsea
10 0(1)
65 (23)
19 0(2)
39 (10)
20 0(4)
89 (38)
39 (14)
53 (21)
14 0(1)
Pasukan kebangsaan
1998– Perancis 48 (11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10:40, Mei 9 2008 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga June 3, 2008


Rujukan sunting

Pautan luar sunting