Nicolas Lombaerts

Pemain bola sepak

Nicolas Robert Christian Lombaerts (lahir 20 Mac 1985) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang bermain di kelab Liga Perdana Rusia, FC Zenit Saint Petersburg dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi bek tengah.[2]

Nicolas Lombaerts
Maklumat peribadi
Nama penuh Nicolas Robert Christian Lombaerts[1]
Tarikh lahir (1985-03-20) 20 Mac 1985 (umur 39)
Tempat lahir Brugge, Belgium
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Zenit Saint Petersburg
Nombor 6
Kerjaya remaja
Club Brugge
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2007 Gent 76 (1)
2007– Zenit Saint Petersburg 154 (9)
Pasukan kebangsaan
2006– Belgium 29 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Oktober 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Oktober 2014

Kerjaya kelab sunting

Brugge sunting

Lombaerts menyertai Club Brugge pada usia yang muda. Beliau menjadi pemain muda yang berbakat bersama Jason Vandelannoite, Glenn Verbauwhede dan Thomas Matton.

Gent sunting

Beliau berpindah ke Gent di mana beliau bermain semua perlawanan dalam Divisyen Pertama Belgium 2005–06. Selain daripada bermain bola seapk, beliau belajar di sekolah undang-undang di Universiti Ghent. Kadang-kala beliau terpilih untuk mewakili pasukan bawah-21 Belgium. Beliau juga pernah memasuki Kejohanan Bola Sepak bawah-21 UEFA 2004 dan 2007.

Zenit sunting

 
Lombaerts ketika menentang Anderlecht pada tahun 2010.

Pada Julai 2007, Lombaerts memilih untuk berpindah ke FC Zenit Saint Petersburg di Rusia. Pada masa itu, beliau menamatkan pendidikannya untuk meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak. Pada awal 2008, Lombaerts terpaksa berehat selama setengah tahun akibat cedera pada lutut. Pada masa itu, pasukannya telah memenangi Piala UEFA 2007-08 dan beliau terpaksa melupakan aksi di Sukan Olimpik 2008 di Beijing di mana pasukan kebangsaannya, Belgium mendapat tempat keempat.

Lombaerts akhirnya pulih dan kembali ke Zenit pada 19 Julai 2009, beliau menggantikan Aleksei Ionov pada minit ke-71 ketika menentang FC Terek Grozny di mana Zenit menewaskannya 3-2."[3] Pada 29 November 2009, Lombaerts menjaringkan gol kemenangan buat Zenit ketika menentang Spartak Moscow untuk meletakkan Zenit pada kedudukan tempat ketiga dan layak ke Liga Juara-Juara UEFA 2010-11, Zenit menang 2-1.[4] Pada 5 Julai 2010, Lombaerts menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Zenit.[5]

Kerjaya antarabangsa sunting

Beliau membuat debut pertama bersama pasukan kebangsaan Belgium pada Mei 2006, dalam perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi[6] dan bermain dalam 3 perlawanan di kelayakan UEFA Euro 2008.

Pada 26 Mei 2014, perlawanan pemansan badan Piala Dunia menentang Luxembourg, Lombaerts menggantikan Jan Vertonghen pada minit ke-77. Lombaerts juga disenaraikan dalam skuad Belgium pada Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[7]

Antarabangsa sunting

Sehingga 18 Ockober 2018.
pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2006 1 0
2007 3 0
2008 0 0
2009 3 0
2010 5 1
2011 6 1
2012 2 0
2013 4 0
2014 5 0
Jumlah 29 2

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 2010-10-12 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium   Austria 4 – 3 4–4 Kelayakan UEFA Euro 2012
2 2011-09-06 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium   Amerika Syarikat 1 – 0 1–0 Perlawanan persahabatan

Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) Lombaerts Profil Nicolas Lombaerts di National-Football-Teams.com
  2. ^ Lombaerts to add Zest to Zenit uefa.com
  3. ^ "Николас Ломбертс: "Когда вышел на поле в Грозном, испытал этакую детскую радость"" (dalam bahasa Russian). sport-express.ru.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Зенит 2-1 Спартак статистика" (dalam bahasa Russian). sports.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-24. Dicapai pada 2014-10-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Ломбертс подписал новый контракт с "Зенитом"" (dalam bahasa Russian). sports.ru. 2010-07-05.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Lombaerts deal uefa.com
  7. ^ "Adnan Januzaj's Belgium debut wiped from record books". BBC Sport. 4 June 2014. Dicapai pada 4 June 2014.