Nikki Palikat

(Dilencongkan dari Nicolette Palikat)

Nicolette Louisa "Nikki" Palikat (lahir 1 November 1985) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama.

Nikki
Nama lahirNicolette Louisa Palikat
Kelahiran (1985-11-01) 1 November 1985 (umur 34)
Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat
Berasal dariTambunan, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B, soul
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Artistes United Records
Laman sesawang
www.nikkimusic.com.my

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.

Beliau ialah anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan lagu ' Anak Kampung. Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki.[1]

KerjayaSunting

Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysia Idol Siri I dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk 'Emotions' dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.

Lagu-lagu yang disampaikan oleh Nikki ketika berada di dalam Malaysian Idol SIRI I:

  1. Audition - Emotions - (Mariah Carey)
  2. Workshop - One Moment in Time -(Whitney Houston)
  3. Wildcard - The Voice Within - (Christina Aguilera)
  4. Top 12 - Crazy in Love - (Beyoncé)
  5. Top 10 - I Want You Back - (The Jackson 5)
  6. Top 8 - Against All Odds - (Phil Collins)
  7. Top 7 - I'm with You - (Avril Lavigne)
  8. Top 6 - Emotion - (Destiny's Child)

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau iaitu Maharani. Album tersebut menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik 'whistle register'.[2]

Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.[3][4]

DiskografiSunting

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Judul Peranan Nota Stesen TV
2017 Dendam Aurora Laura Watak Pembantu Astro Prima

Astro Maya HD

AnugerahSunting

  1. Anugerah Era; Vokal Dua Berkumpulan (Caramu)
  2. Anugerah Planet Muzik; Artis Baru Terbaik

RujukanSunting

  1. ^ Arer Omar (31 Oktober 2017). Nikki Palikat's creative spark still shining New Straits Times. Dicapai pada 1 November 2017.
  2. ^ http://www.nikkimusic.com.my/press_article4.html MAHARANI CUKUP SELESA, retrieved on 2 November 2006
  3. ^ Melanie Chalil (29 April 2019). Sabahan singer Nikki Palikat on her love for musicals and playing a nun in her latest role The Malay Mail. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  4. ^ Tan Gim Ean (26 April 2019). Nikki Palikat on her most demanding role to date in 'Euphrasia — The Musical' Options The Edge. Dicapai pada 26 April 2019.

Pautan luarSunting