Nicollette Sheridan

Nicollette Sheridan (lahir sebagai Colette Sheridan pada November 21, 1963) merupakan calon anugerah Golden Globe dan pelakon United Kingdom yang bermula sebagai penglipur layar, pelakon filem dan drama TV. Beliau lebih dikenali sebagai Paige Matheson menerusi Knots Landing dan Edie Britt dalam Desperate Housewives.

Nicollette Sheridan
KelahiranEngland Worthing, Sussex
Ketinggian5' 7½" (1.71 m)
PasanganHarry Hamlin (1991 - 1993) (bercerai)

Latar Belakang sunting

Permulaan kehidupan sunting

Sheridan wdilahirkan di Worthing, West Sussex, England oleh pelakon British Sally Sheridan (a.k.a. Sally Adams). Moyangnya seorang Punjabi yang berasal dari India.[1] Beliau menafikan hubungan ibunya dengan pelakon Dinah Sheridan dan Dinah mahupun Nicollette tidak berkongsi sebarang hubungan darah. Bapa Sheridan tidak pernah dikenalinya dan beliau beranggapan bahawa bekas teman lelaki ibunya yang juga seorang pelakon, Telly Savalas, merupakan ayahnya

Kerjaya sunting

Sheridan bermula pada 1984 menerusi Paper Dolls, tetapi kemunculannya hanyalah pada 1986 apabila beliau menyertai drama untuk siaran malam CBS, Knots Landing sebagai "Paige Matheson". Pada 1990, beliau memenangi Soap Opera Digest Award untuk "Outstanding Lead Actress: Prime Time" dan 1991 Soap Opera Digest Award untuk "Outstanding Heroine: Prime Time". Pada tahun yang sama, beliau dinamakan oleh People Magazine' sebagai "50 Most Beautiful People." Apabila siri tersebut tamat pada 1993, beliau terbabit dalam beberapa filem dan telefilem seperti Spy Hard dan Beverly Hills Ninja dan pernah menjalani ujibakat untuk watak Grace Adler untuk Will & Grace.

Pada 2004, Sheridan ditawarkan watak seorang janda seksi bernama Edie Britt dalam drama popular Desperate Housewives dan telah mengembalikan kegemilangan beliau. Pada 2005, beliau dicalonkan dalam Golden Globe Award untuk Best Supporting Actress dan dicalonkan di tangga ke-48 oleh majalah Maxim' Hot 100 . Pada 2004 Mr. Blackwell meletakan beliau sebagai pemakain pakaian terburuk dan berdepan dengan tohmahan pihak media tentang pembedahan plastik ke atas dirinya.[2][3]

Peribadi sunting

Dari 1979 sehingga 1985, Sheridan telah bersama Leif Garrett. Mereka mula bertemujanji ketika beliau berusia 15 tahun dan tinggal bersama Garrett di rumah ibu Garrett walaupun masih di bawah umur. Sheridan telah berkahwin dengan pelakon Harry Hamlin pada September 7, 1991 dan bercerai pada 1993. Pada Januari sehingga Oktober 2005, Sheridan telah mengikatkan tali pertunangan dengan pelakon Sweden, Nicklas Soderblom. Namun hubungan mereka putus di tengah jalan dan Sheridan nekad kembali kepada bekas teman lekakinya Michael Bolton, yang telah mengikat tali pertunangan pada Mac 2006.

Lakonan sunting

Catatan Kaki sunting

  1. ^ Sheridan revealed this during the 2006 Bollywood Music Awards held at the Trump Taj Mahal in Atlantic City, New Jersey, where her fiance Michael Bolton was being honored
  2. ^ http://www.awfulplasticsurgery.com/archives/005385.html
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-23. Dicapai pada 2007-04-19.

Pautan Dalaman sunting

em:Nicollette Sheridan