Nie Er (Bahasa Cina: 聂耳;14 Februari 1912 - 17 Julai 1935 pada umur 23) merupakan seorang penggubah Cina. Beliau pernah bekerjasama dengan Tian Han untuk menghasilkan lagu kebangsaan China Barisan Para Sukarelawan.

Nie Er
聂耳
Nieer.jpg
Nie Er
Kelahiran
Nie Shouxin

14 Februari 1912
Meninggal dunia17 Julai 1935
Sebab kematianLemas ketika berenang di Jepun
WarganegaraRepublik Rakyat China
PekerjaanPenggubah

BiografiSunting

Dilahirkan dengan nama Nie Shouxin pada 1912. Beliau berasal dari Yuxi, wilayah Yunnan. Beliau pandai bermain banyak alat muzik. Beliau juga pernah diajar bermain piano dan biola. Pada Mac 1931, beliau bergabung dengan Perkumpulan Muzik yang diketuai oleh Li Jinhui. Pada 1932, beliau menerbitkan risalah yang mengkritik Li Jinhui serta bergabung dengan Studio Filem Lianhua. 1933, beliau bergabung dengan Parti Komunis China. Pada 1934, beliau bekerja di pengusahaan rakaman Baidai. Pada awal 1935, beliau menggubah lagu kebangsaan Cina Barisan Para Sukarelawan. Pada Januari 1935, beliau jadi pengarah jabatan muzik Studio Lianhua II.

 
Kubur beliau di Kunming

Pada pertengahan 1935 beliau meninggal kerana lemas ketika berenang di Jepun.

Lihat jugaSunting