Nigeria

negara berdaulat di Afrika Barat

Republik Persekutuan Nigeria atau nama pendeknya Nigeria (/nˈɪəriə/ ( dengar)) terletak di Afrika Barat. Negara ini bersempadan dengan Benin di sebelah barat, Chad dan Cameroon di sebelah timur, Niger di sebelah utara dan Teluk Guinea di sebelah selatan. Ialah negara yang ada paling ramai penduduk di Afrika. Kota-kota penting termasuk Abuja, bekas ibu kota Lagos, Abeokuta, Ibadan, Port Harcourt dan Jos.

Republik Persekutuan Nigeria
Orílẹ̀-èdè Olómìnira Àpapọ̀ Naìjírìà
Republik Nijeriya
جمهورية نيجيريا
Republic ndi Naigeria
Republik Federaal bu Niiseriya
Bendera Nigeria
Jata Nigeria
Bendera Jata
Cogan kataPerpaduan dan Kekukuhan, Kedamaian dan Kemajuan
"Unity and Faith, Peace and Progress"
Lagu kebangsaan"Arise O Compatriots, Nigeria's Call Obey"
Lokasi Nigeria
Ibu negaraAbuja
Bandar terbesarLagos
Bahasa rasmiInggeris
Bahasa umum
yang diakui
Hausa, Igbo, Yoruba
DemonimNigerian
KerajaanRepublik persekutuan berpresiden
• Presiden
Bola Tinubu (APC)
• Naib Presiden
Kashim Shettima ( - )
• Presiden Senat
David Mark (PDP)
• Speaker Dewan
Dimeji Bankole (PDP)
• Hakim Besar
Olukayode Ariwoola
Kemerdekaan 
• Pengisytiharan dan diperakui
1 Oktober 1960
• Pengisytiharan republik
1 Oktober 1963
• Perairan (%)
1.4
Populasi
• Perkiraan 2019
200,007,825 [1] (7)
• Bancian Penduduk 1996
118,550,00
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$1.264 trilion (13)
$6,319 (139)
Gini (2019)43.7
sederhana
HDI (2019)0.677
sederhana · ke-127
Mata wangNaira Nigeria (₦)
(NGN)
Zon waktuUTC+1 (WAT)
• Musim panas (DST)
UTC+1 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan+234
Kod ISO 3166NG
DPT internet.ng
1 ² KDKK adalah pada 2006; jumlah dan per kapita bagaimanapun, adalah pada 2005.

Negara ini diduduki lebih 250 suku etnik yang menuturkan lebih 500 aneka bahasa dengan pelbagai budaya.[2][3][4] Tiga kelompok yang utama sebanyak 60% penduduk ialah bangsa Hausa–Fulani di kawasan utara, bangsa Yoruba di kawasan barat dan bangsa Igbo di kawasan timur.[5]

Kawasan terangkum dalam Nigeria ini pernah mempunyai banyak kerajaan lama sejak alaf pertama. Lembaga politik yang membentk negara moden Nigeria terhasil daripada penggabungan negeri-negeri Nigeria Utara dan Nigeria Selatan tahun 1914 oleh Lord Frederick Lugard. Ia merdeka dari penjajahan British pada 1 Oktober 1960.

Penamaan sunting

Nama Nigeria berasal daripada Sungai Niger yang mengalir sepanjang negara tersebut. Nama Niger pula mungkin berasal daripada istilah Tuareg, egerew n-igerewen yang digunakan di kawasan tengah sungai itu di Timbuktu sebelum zaman penjajahan British pada abad ke-19.[6]

Sejarah sunting

Zaman awal sunting

 
Ukiran Budaya Nok.

Budaya Nok di utara Nigeria mula muncul pada 1500 SM hingga 200 M dan terkenal dengan ukiran terracotta bersaiz hidup dan merupakan ukiran-ukiran terawal di Afrika Sub-Sahara.[7][8]

Kerajaan Nri pula diasaskan oleh orang Igbo pada abad ke-10 dan bertahan hingga zaman penjajahan British.[9][10] Kerajaan Ife dan Oyo oleh masyarakat Yoruba pula muncul pada abad ke-12 dan abad ke-14 masing-masing.[11][12] Kerajaan Benin pula diasaskan pada akhir abad ke-12 dengan raja pertama, Eweka I ditabalkan pada tahun 1180.[13]

Di utara Nigeria, Kerajaan Hausa pula muncul dan mencapai kemuncak pada abad ke-16. Kerajaan ini dikalahkan dalam sebuah jihad, Perang Fulani yang diketuai oleh Usman dan Fodio pada awal abad ke-19 lalu membentuk Khalifah Sokoto.

Zaman penjajahan sunting

Pada abad ke-16, pihak Portugis mula menjalankan perdagangan dengan penduduk tempatan dan memulakan perdagangan hamba Atlantik.[14] Lama-kelamaan, perdagangan ini berkembang dengan penglibatan negara-negara seperti British, Belanda dan negara-negara Afrika serta pihak swasta.

Seiring dengan sentimen antiperhambaan di negara asal serta perkembangan ekonomi semasa, British bertindak mengharamkan perdagangan hamba pada 1807. Sebagai usaha menghentikan perdagangan ini, British menyerang Lagos pada 1851 dan menggantikan Oba Kosoko yang menyokong perdagangan hamba dengan Oba Akitoye. Kemudian, pada Ogos 1861, Lagos diserahkan kepada British dan menjadi Jajahan Lagos dengan taraf jajahan mahkota.

Jajahan Lagos memiliki kawalan oleh Syarikat Diraja Niger. Sepanjang kewujudannya, pihak Jajahan Lagos mengalahkan empayar-empayar kejiranannya untuk meluaskan kuasa dan pada 1 Januari 1901, tampuk pemerintahan diserahkan kepada kerajaan British dan menjadi tanah naungan dengan nama Negeri Naungan Nigeria Selatan, selaras dengan pembubaran Syarikat Diraja Niger pada tahun sebelumnya. Khalifah Sokoto pula dikalahkan oleh pihak British pada 1903 dan di situ, Negeri Naungan Nigeria Utara pula diasaskan.

Pada 1914, kedua-dua negeri naungan tersebut digabungkan menjadi satu negeri, Jajahan dan Naungan Nigeria. Berikutan kejadian penyahjajahan di Afrika pada pertengahan abad ke-20, Nigeria memperoleh kemerdekaan pada 1 Oktober 1960.

Pascakemerdekaan sunting

Nigeria merdeka dan muncul sebagai Persekutuan Nigeria, dengan Ratu Nigeria (Elizabeth II) ditabalkan sebagai ketua negara. Nnamdi Azikiwe menjadi ketua kerajaan Nigeria pada November 1960, menggantikan sistem Gabenor Jeneral yang diguna pakai sebelum ini. Pada 1963, Nigeria bertukar menjadi sebuah republik persekutuan, dengan Azikiwe sebagai Presiden Nigeria pertama.

Zaman pemerintahan tentera sunting

Tanggapan tentang korupsi dan ketidakseimbangan dalam pilihan raya menyebabkan Nigeria mengalami beberapa cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera. Cubaan pertama berlaku pada Januari 1966 apabila puak tentera yang kebanyakannya daripada kaum Igbo berjaya membunuh Perdana Menteri, Abubakar Tafawa Balewa. Namun begitu, pihak tentera kurang berjaya dalam membina sebuah kerajaan pusat yang kukuh. Presiden pada masa itu, Nwafor Orizu menyerahkan jawatannya kepada pihak tentera. Selepas itu, pada tahun yang sama, sebuah rampasan balas balik dilaksanakan oleh golongan tentera dari kawasan utara, menyebabkan Yakubu Gowon dijadikan sebagai ketua negara.

Pada Mei 1967, masyarakat di kawasan selatan Nigeria mengisytiharkan kemerdekaannya sendiri sebagai Republik Biafra di bawah kuasa Emeka Ojukwu.[15] Pada 6 Julai 1967, kerajaan Nigeria melancarkan serangan terhadap Biafra lalu memulakan Perang Saudara Nigeria yang berlarutan hingga Januari 1970.[16]

Pada 1979, kerajaan Nigeria cuba untuk berpatah balik kepada demokrasi apabila Olusegun Obasanjo menyerahkan jawatannya sebagai Presiden kepada Shehu Shagari, tetapi kerajaannya dipandang sebagai kerajaan berkorupsi. Pada 31 Disember 1983, sebuah kudeta tentera dilaksanakan oleh Muhammadu Buhari, tetapi digulingkan oleh sebuah lagi kudeta pada 1985, menjadikan Ibrahim Babangida sebagai Presiden baharu.[17]

Babaginda menjanjikan peralihan kepada kerajaan demokrasi pada 1990, tetapi ditunda hingga 1992. Pilihan raya yang bebas dijalankan pada 12 Jun 1993, dan Moshood Kashimawo Olawale Abiola memenangi pilihan raya presiden. Babaginda sebaliknya membatalkan keputusan pilihan raya itu lalu membawa kepada rusuhan rakyat besar-besaran. Akhirnya, Babaginda meletak jawatan dan melantik Ernest Shonekan sebagai Presiden. Kerajaan Babaginda disifatkan sebagai kerajaan yang korup dan dikatakan melahirkan suatu budaya korupsi di Nigeria.

Ernest Shonekan hanya menjadi Presiden selama kira-kira tiga bulan sebelum digulingkan oleh Jeneral Sani Abacha pada November 1993. Abacha memerintah hingga 1998 sebelum meninggal dunia, dan digantikan dengan Abdulsalami Abubakar. Beliau menggubal sebuah perlembagaan baharu pada 5 Mei 1999 yang membenarkan pilihan raya pelbagai parti. Beliau menyerahkan jawatannya kepada Obasanjo, kini bersara daripada tentera pada 29 Mei 1999. Sejak zaman ini, pemerinatah Nigeria berubah daripada pemerintahan kuasa tentera ke arah demokrasi.

Zaman demokrasi sunting

Obasanjo mengekalkan jawatannya sebagai Presiden melalui kemenangannya dalam pilihan raya presiden pada 1999 dan 2003, tetapi pilihan-pilihan raya tersebut disifatkan sebagai tidak adil. Pilihan raya presiden pada 2007 menyaksikan Umaru Yar'Adua daripada Parti Demokratik Rakyat dipilih sebagai Presiden, tetapi ditentang oleh pihak pemerhati antarabangsa kerana mereka menyifatkan pilihan raya sebagai tidak adil.[18] Beliau memerintah Nigeria hingga meninggal dunia pada 5 Mei 2010, dan jawatan Presiden diserahkan kepada Dr. Goodluck Jonathan pada hari keesokannya.[19] Pada April 2011, beliau memenangi pilihan raya presiden dengan mengalahkan Muhammadu Buhari. Pilihan raya ini disifatkan sebagai pilihan raya yang adil tanpa masalah keganasan yang ketara.[20] Pada Mac 2015, Buhari pula mengalahkan Jonathan dengan majoriti kira-kira dua juta undian.[21]

Geografi sunting

 
Batu Zuma.

Nigeria terletak di Afrika Barat, dan bersempadan dengan Teluk Guinea. Negara ini memiliki keluasan sebesar 923,768 km2,[22] menjadikan negara ini sebagai negara ke-32 terbesar dunia. Chappal Waddi ialah titik tertinggi Nigeria dengan ketinggian 2,419 m. Sungai-sungai utama Nigeria termasuklah Sungai Niger dan Sungai Benue yang bercantum di Delta Niger, salah satu delta sungai terbesar dunia.

Kawasan hujung selatan Nigeria memiliki iklim hutan hujan tropika dengan taburan hujan sebanyak 1,500 ke 2,000 mm setahun.[23] Kawasan tengah Nigeria ialah kawasan savana, dan kawasan utara ialah kawasan kontang, tempat permulaan Gurun Sahara. Tasik Chad terletak di timur laut negara, dan dikongsi dengan negara-negara jiran, Chad, Niger dan Cameroon.

Isu-isu alam sekitar utama Nigeria termasuk masalah tumpahan minyak di pesisir Nigeria, masalah pencemaran sisa dan keracunan akibat logam berat. Kadar penyahhutanan Nigeria adalah yang tertinggi di dunia menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian pada 2005.[24] Antara 1990 dan 2005, Nigeria kehilangan 35.7% jumlah keluasan hutan, yakni kira-kira 6,145,000 hektar.[25]

Pentadbiran sunting

 
Bangunan Perhimpunan Kebangsaan di Abuja.

Menurut perlembagaan negara, Nigeria dikelaskan sebagai negara sekular demokratik.[26] Sistem pemerintahan Nigeria adalah berdasarkan sistem persekutuan republik Amerika Syarikat dengan kuasa eksekutif dipegang oleh Presiden.[27] Presiden Nigeria memegang jawatan hingga maksimum dua penggal empat tahun.[28]

Perhimpunan Kebangsaan ialah badan perundangan Nigeria yang terbahagi kepada dua buah dewan, iaitu Senat dan Dewan Perwakilan. Senat Nigeria terdiri daripada 109 buah kerusi, dan ahli-ahli Senat dipilih berdasarkan undian popular dengan tempoh jawatan selama empat tahun. Dewan Perwakilan terdiri daripada 360 buah kerusi, dan ahli-ahli dewan juga memiliki tempoh jawatan empat tahun.[29]

Perundangan Nigeria pula terbahagi kepada tiga, hukum awam, hukum adat dan hukum syariah yang digunakan dalam 11 negeri.[30]

Negeri sunting

Nigeria terbahagi kepada 36 buah negeri serta sebuah Wilayah Ibu Kota Persekutuan yang menempatkan ibu negara, Abuja dan seterusnya terbahagi kepada 774 buah Kawasan Kerajaan Tempatan. Lagos ialah bandar terbesar di Nigeria dengan jumlah penduduk melebihi 12 juta orang.[31] Senarai negeri di Nigeria adalah seperti di bawah:

Ketenteraan sunting

Angkatan Tentera Nigeria memiliki cabang tentera darat, laut dan udara. Angkatan ini bertanggungjawab untuk memelihara keamanan Nigeria, serta membantu misi pengaman, terutamanya di Afrika Barat seperti di Liberia, Côte d'Ivoire dan Sierra Leone pada 90-an.[32]

Ekonomi sunting

 
Kawasan kilang penapis petroleum di Port Harcourt.

Pada 2019, anggaran nilai keluaran dalam negara dasar (KDNK) nominal Nigeria ialah AS$446.543 bilion (ke-27 terbesar dunia) manakala anggaran nilai KDNK berdasarkan pariti kuasa beli negara pula ialah AS$1.217 trillion (ke-22 terbesar dunia).[33] Nigeria dianggap sebagai negara kelas pertengahan bawahan oleh Bank Dunia.[34] Masalah ekonomi utama Nigeria termasuk kerasuahan dan inflasi tinggi.

Majoriti penduduk pula menceburi pertanian. Bidang pertanian pada masa dahulu ialah bidang utama Nigeria, dan kira-kira 30% jumlah buruh negara terlibat dalam bidang pertanian.[35] Hasil-hasil pertanian utama termasuk kacang, jagung, kelapa sawit, minyak soya dan beras.[36] Masalah peningkatan jumlah penduduk negara yang mendadak menyebabkan Nigeria terpaksa mengimport hasil pertanian dari luar negara.[36]

Nigeria terlibat secara aktif dalam pengeluaran minyak. Nigeria memiliki 159 buah medan minyak serta 1,481 buah telaga minyak dalam operasi.[37] Kerajaan mendapat 70% pendapatan daripada penjualan minyak. Bidang pelancongan di Nigeria banyak berdasarkan kegiatan acara disebabkan oleh kepelbagaian etnik di negara, dan ekopelancongan.[38] Nigeria juga menjadi tumpuan identiti masyarakat kulit hitam dan Afrika.[39]

Demografi sunting

Nigeria dianggarkan memiliki 195,874,685 orang penduduk menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2018,[40] dan dikatakan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat dan memiliki salah satu daripada kadar-kadar kelahiran tertinggi dunia; kadar kelahiran ialah 35.2 per 1000 orang dan kadar kesuburan ialah 5.07 orang anak per wanita.[41] Jumlah penduduk sebegini menjadikan Nigeria sebagai negara dengan populasi ketujuh terbesar dunia.

Pada 1950, Nigeria dianggarkan hanya memiliki kira-kira 33 juta orang.[42] Populasi Nigeria meningkat sebanyak 57 juta orang dalam tempoh 1990 ke 2008, peningkatan 60% jumlah penduduk dalam masa kurang dari dua dekad.[43] Jumlah penduduk negara dijangkakan bertambah mencecah 505 juta ke 1.03 bilion orang pada 2100.[44]

Suku etnik sunting

Nigeria memiliki lebih daripada 250 buah suku etnik dengan tiga etnik terbesar ialah suku Hausa, Yoruba dan Igbo, bersama-sama merangkumi 70% jumlah penduduk negara.[45]

Bahasa sunting

Bahasa rasmi Nigeria ialah bahasa Inggeris, dan digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti bidang pendidikan. Masyarakat Nigeria, lazimnya di kawasan Delta Niger,[46] bertutur dalam sebuah bahasa pijin Inggeris, Bahasa Pijin Nigeria.

Bilangan penduduk beranutan di Nigeria (est. 2018)[47]

  Islam (53.5%)
  Kristian (45.9%)
  Lain-lain/adat resam (0.6%)

Agama sunting

Secara umumnya, agama Islam dan Kristian ialah agama utama di Nigeria dengan minoriti yang menganut agama tradisional Afrika serta agama-agama lain.

Agama Islam dianuti 50% atau 64,385,994 penduduk di mana masyarakat ini lazimnya berpegang kepada mazhab Maliki serta Syafii. Banyak dalam kalangan masyarakat Islam juga merupakan ahli sufi dengan tarekat-tarekat utama termasuk Qadiriyyah, Tijaniyyah dan Mouride. Selebihnya menganuti agama Kristian di mana 74% diperangkakan beraliran Protestan, 25% beraliran Katolik dan 1% beraliran mazhab-mazhab lain termasuk yang Kristian Ortodoks.[48]

Pendidikan sunting

Pendidikan Nigeria diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Nigeria. Selain itu, pengajian tinggi juga banyak dikawal oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan Nigeria memberikan pendidikan percuma yang disokong oleh kerajaan, tetapi tidak mewajibkan pendidikan dalam mana-mana tahap. Kadar celik huruf di Nigeria ialah 68% dengan peratusan lelaki (75.7%) adalah lebih tinggi daripada peratusan perempuan (60.6%).[49]

Secara umumnya, sistem pendidikan Nigeria terdiri daripada enam tahun di sekolah rendah, enam tahun di sekolah menengah (tiga tahun di peringkat bawah dan atas masing-masing) dan beberapa tahun di peringkat tinggi.[49]

Kebudayaan sunting

Kesusasteraan sunting

Sasterawan-sasterawan masyhur Nigeria termasuk Wole Soyinka, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pertama dari Afrika, dan Chinua Achebe, penulis novel Things Fall Apart (1958) yang disifatkan sebagai novel terlaris dalam sejarah Afrika, dan diterjemahkan kepada lebih 40 bahasa.[50]

Rujukan sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ "Ethnicity in Nigeria". PBS. 5 April 2007. Dicapai pada 9 May 2015.
  3. ^ "Nigeria". Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 July 2019.
  4. ^ "Linguistic diversity in Africa and Europe – Languages Of The World". 16 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2017. Dicapai pada 4 July 2019.CS1 maint: unfit URL (link)
  5. ^ "NIGERIA – CIA WORLD FACTBOOK 2019" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-09-23.
  6. ^ "Online Etymological Dictionary". Etymonline.com. Dicapai pada 28 Julai 2014.
  7. ^ Breunig, Peter. 2014. Nok: African Sculpture in Archaeological Context: p. 21.
  8. ^ Nicole Rupp, Peter Breunig & Stefanie Kahlheber, "Exploring the Nok Enigma", Antiquity 82.316, Jun 2008.
  9. ^ Juang, Richard M. (2008). Africa and the Americas: culture, politics, and history : a multidisciplinary encyclopedia, Volume 2. ABC-CLIO. m/s. 597. ISBN 978-1-85109-441-7.
  10. ^ Hrbek, Ivan (1992). Africa from the seventh to the eleventh Century. James Currey Publishers. m/s. 254. ISBN 978-0-85255-093-9.
  11. ^ Falola, Toyin; Heaton, Matthew M. (2008). A History of Nigeria. Cambridge University Press. m/s. 23. ISBN 978-0-521-68157-5.
  12. ^ MacDonald, Fiona; Paren, Elizabeth; Shillington, Kevin; Stacey, Gillian; Steele, Philip (2000). Peoples of Africa, Volume 1. Marshall Cavendish. m/s. 385. ISBN 978-0-7614-7158-5.
  13. ^ Ben-Amos, Paula Girshick (1995). The Art of Benin Revised Edition. British Museum Press. p. 20. ISBN 0-7141-2520-2.
  14. ^ Gordon, April A. (2003). Nigeria's Diverse Peoples: A Reference Sourcebook. ABC-CLIO. m/s. 44–54. ISBN 978-1-57607-682-8. Dicapai pada 29 Mac 2015.
  15. ^ Murray, Senan (30 Mei 2007). "Reopening Nigeria's civil war wounds". BBC News. Dicapai pada 28 Mei 2011.
  16. ^ "Background Paper on Nigeria and Biafra, Declassified Documents reference System.
  17. ^ "Nigeria stays calms as leader toppled in bloodless coup", The Globe and Mail, 28 Ogos 1985. Dicapai pada22 Februari 2007.
  18. ^ "Final Report" (PDF). EU Election Observation Mission Nigeria 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Februari 2008. Dicapai pada 24 Januari 2008.
  19. ^ "Nigeria's Goodluck Jonathan sworn in as president". BBC News. 6 Mei 2010. Dicapai pada 28 Mei 2011.
  20. ^ Nossiter, Adam (16 April 2011). "Nigerians Vote in Presidential Election". The New York Times. Dicapai pada 17 April 2011.
  21. ^ "Nigeria election: Muhammadu Buhari wins". BBC. Dicapai pada 31 Mac 2015.
  22. ^ "Rank Order – Area". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 29 Mei 2011.
  23. ^ "Regions Used to Interpret the Complexity of Nigeria". Geographical Alliance of Iowa. Universiti Iowa Utara. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2009. Dicapai pada 19 Julai 2007.
  24. ^ "News.mongabay.com" (dalam bahasa Inggeris). News.mongabay.com. Dicapai pada 28 Julai 2014.
  25. ^ "Rainforest analysis at Mongabay.com" (dalam bahasa Inggeris). Rainforests.mongabay.com. 1 Januari 2010. Dicapai pada 28 Julai 2014.
  26. ^ "Nigerian Constitution". Nigeria Law. Dicapai pada 17 Julai 2015.
  27. ^ Charles Mwalimu. The Nigerian Legal System: Public Law. Peter Lang. 2005. p. 6.
  28. ^ "Nigeria". The World Factbook. CIA (Amerika).
  29. ^ "Nigeria". The World Factbook. Central Intelligence Agency (United States).
  30. ^ Nmehielle, Vincent Obisienunwo Orlu (Ogos 2004). "Sharia Law in the Northern States of Nigeria: To Implement or Not to Implement, the Constitutionality is the Question" (PDF). Human Rights Quarterly. 26 (3): 730–759. doi:10.1353/hrq.2004.0039.
  31. ^ Onuah, Felix (29 Disember 2006). "Nigeria gives census result, avoids risky details". Reuters. Dicapai pada 23 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  32. ^ O'Loughlin, Ed (11 March 1998) "Nigerians outshine the British brass", The Independent (London)
  33. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 26 Disember 2019.
  34. ^ "World Bank list of economies". Bank Dunia. Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2011. Dicapai pada 27 Mei 2011.
  35. ^ "Labour Force Statistics, 2010" (dalam bahasa Inggeris). Nigerian Bureau of Statistics. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2015. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  36. ^ a b "Agriculture – Nigeria – export, growth, area, crops, farming, sector". Dicapai pada 17 April 2015.
  37. ^ Environmental Resources Managers Ltd, Niger Delta Environmental Survey Final Report Phase I; Volume I: Environmental and Socio-Economic Characteristics (Lagos: Niger Delta Environmental Survey, September 1997)
  38. ^ Archibong, Maurice (18 March 2004). "Nigeria: Gold mine waiting to be tapped". The Sun Online. The Sun Publishing Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2007. Dicapai pada 21 June 2007.
  39. ^ Anthony Appiah; Henry Louis Gates (2010). Encyclopedia of Africa, Volume 2. Oxford University Press. m/s. 53. ISBN 978-0-19-533770-9.
  40. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  41. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cia 19 tidak disediakan
  42. ^ Kent, Mary Mederios; Carl Haub (Disember 2005). "The Demographic Divide: What It Is and Why It Matters". Population Reference Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2011. Dicapai pada 6 Jun 2011.
  43. ^ CO2 Emissions from Fuel Combustion Population 1971–2008 IEA pdf Diarkibkan 6 Januari 2012 di Wayback Machine m/s. 83–85
  44. ^ "Population Division of the Department of Economic and Social Affairs of the United Nations Secretariat". UN. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2011.
  45. ^ "Nigeria" dalam Geographica: The complete Atlas of the world, Random House, 2002, ISBN 0-375-72037-5
  46. ^ Adegbija, Efurosibina E. (2003). Multilingualism: A Nigerian Case Study (dalam bahasa Inggeris). Africa World Press. m/s. 55. ISBN 978-1-59221-173-9. Dicapai pada 26 Disember 2008.
  47. ^ "Africa :: Nigeria — The World Factbook - Central Intelligence Agency". 2018. Total population: 214 million Religions: Muslim, 53.5%; Christian, 45.9%; Other, 0.6%
  48. ^ "Table: Christian Population in Numbers by Country | Pew Research Center's Religion & Public Life Project". Features.pewforum.org. 19 December 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2012. Dicapai pada 16 July 2014.
  49. ^ a b "Country Profile – Nigeria" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat – Bahagian Kajian Persekutuan. Julai 2008. Dicapai pada 28 Mei 2011.
  50. ^ Thompson, Bob (14 Mac 2008). "An enduring classic". The Standard. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2011. Dicapai pada 7 Jun 2011.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Nigeria di Wikimedia Commons


Daftar negara | Afrika | Afrika Barat
Benin | Burkina Faso | Cape Verde | Chad | Côte d'Ivoire | Gambia | Ghana | Guinea | Guinea-Bissau | Liberia | Mali | Mauritania | Niger | Nigeria | Saint Helena | Senegal | Sierra Leone | Togo