Buka menu utama

Night at the Museum (Malam di Muzium) ialah suatu filem komedi tegang terbitan Amerika Syarikat yang mula ditayangkan pada tahun 2006. Filem ini diarah oleh Shawn Levy dan dilakonkan oleh kebanyakan pelakon komedi ternama seperti Ben Stiller, Robin Williams, Dick Van Dyke, Mickey Rooney, Owen Wilson, Bill Cobbs, dan ramai lagi.

Night at the Museum
Night at the Museum poster.jpg
Poster promosi filem
PengarahShawn Levy
PenerbitChris Columbus
Stephen Sommers
Bob Ducsay
PenulisBen Garant
Thomas Lennon
Dibintangi olehBen Stiller
Robin Williams
Dick Van Dyke
Owen Wilson
Mickey Rooney
Bill Cobbs
Muzik olehAlan Silvestri
SinematografiGuillermo Navarro
Pengedar20th Century Fox
BahasaBahasa Inggeris

SinopsisSunting

Filem ini mengisahkan seorang bapa, Larry Daley yang menganggur dan ingin mendapatkan kerja untuk menambat hati anaknya. Setelah mendapatkan kerja di muzium sebagai pengawal pada waktu malam, tidak disangka semua pameran bersejarah menjadi hidup ketika waktu malam. Kegamatan suasana malam itu amat memeranjatkan Larry yang hari demi hari belajar untuk hidup dalam keadaan itu.

Perselisihan ditambah apabila bekas pengawal muzium itu ingin mencuri tablet emas Ahkmenrah yang merupakan kunci kepada nyawa semua pameran di muzium pada waktu malam. Dengan bantuan anaknya sendiri, dan semua tokoh yang ada di muzium itu, mereka cuba mengalahkan pencuri itu dan mendapatkan kembali tablet emas tersebut.

PelakonSunting

Pautan luarSunting