Nightcore

genre muzik

Muzik nightcore ialah suatu gaya pengolahan semula serta subgenre muzik elektronik yang melibatkan meninggikan nada dan mencepatkan muzik asal sebanyak 10-30%. Nama nightcore berasal daripada sekumpulan duo Norway, Nightcore yang melancarkan lagu-lagu trance dan eurodance yang diubah-ubah nadanya, tetapi istilah itu kini lebih luas merujuk kepada sebarang muzik yang dipercepatkan. Sifat penghasilan muzik nightcore yang hanya mengolah suatu muzik asal juga mendapat kritikan daripada sebilangan penggiat muzik. Nightcore juga biasanya dikaitkan dengan budaya anime memandangkan banyak video muzik versi nightcore di YouTube yang sering memaparkan watak dan seni ala anime. Sebilangan video muzik juga dilengkapi dengan penggambar audio.[1]

Nightcore
Asalan budaya2001,
Norway
Instrumen biasaPerisian penyuntingan audio

RujukanSunting

  1. ^ Summers, Joan. "What the Hell Is Nightcore, the Manic Music Genre That Somehow Keeps My Freak-Outs in Check?". Jezebel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-12.