Nik Abdullah Arshad

Haji Nik Abdullah bin Haji Abdullah Arshad adalah ulamak dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Beliau lebih dikenali sebagai Pak Nik Lah oleh warga tempatan. Beliau merupakan antara pembangun Madrasah Al-Tarbiah Al-Mardhiah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama (Agama) Tarbiah Mardhiah yang terletak di Jalan Padang Tembak, Panchor.

Tuan Guru Haji

Nik Abdullah Arshad
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehNik Abdul Aziz Nik Mat (PAS)
Digantikan olehMohd Amar bin Abdullah
ADUN Sering, Kelantan
Dalam jawatan
1974–1986
Didahului olehKawasan baharu
Digantikan olehKawasan dibubar
ADUN Kota Bharu Pantai, Kelantan
Dalam jawatan
1959–1974
Didahului olehKawasan baharu
Digantikan olehKawasan dibubar
Butiran peribadi
Meninggal dunia13 Januari 1996
Kota Bharu, Kelantan
Parti politik PAS
PasanganTengku Chik Tengku Ibrahim
Anak-anak
  • Mohd Amar Nik Abdullah
  • Wahidah Nik Abdullah
  • Nabilah Nik Abdullah
  • Najibah Nik Abdullah
  • Nik Sabariah Nik Abdullah
  • Fitriyah Nik Abdullah
  • Nik Rosdi Nik Abdullah
  • Nik Marjan Nik Abdullah
  • Fatirah Nik Abdullah
  • Zulfa Nik Abdullah
  • Najmuddin Nik Abdullah
  • Husna Nik Abdullah
BapaTuan Guru Haji Abdullah Arshad bin Mohammad Tahir
KediamanKelantan
PekerjaanUlama, Ahli politik

Latar belakang sunting

Nik Abdullah merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Abdullah (Arshad) bin Tahir (1875-1942). Ayah beliau dikenali dengan gelaran Tok Ayah Kedah[1]. Nik Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Chik binti Tengku Ibrahim yang merupakan sepupu kepada pemimpin UMNO, Tengku Razaliegh Hamzah. Perkahwinan mereka dikurniakan 12 orang anak, antaranya Mohd Amar Nik Abdullah (Timbalan Menteri Besar Kelantan), dan Wahidah Nik Abdullah (Isteri kepada Dr Muhammad Md Daud, mantan ADUN Tendong).

Pilihan raya sunting

Nik Abdullah terkenal sebagai calon PAS yang tidak pernah tewas dalam pilihan raya bermula sebagai ADUN Kota Bharu Pantai 1959-1974, DUN Sering 1974-1982, malah menjadi ahli parlimen tunggal PAS (Pengkalan Chepa) di Dewan Rakyat pada 1986. Kerusi ini dipertahankan oleh beliau sehingga 1995 sebelum diganti oleh pelapisnya.

Keputusan pilihan raya sunting

Kerusi yang ditandingi Nik Abdullah Arshad
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Majoriti
1959 DUN Kota Bharu Pantai, Kelantan Nik Abdullah Arshad (PAS) 4,437 Abu Bakar Mohd Al-Ahmadi (Perikatan) 1,222 3,215
Mohamad Abdullah (Negara) 421
Che Wil (Sosialis) 207
1964 DUN Kota Bharu Pantai, Kelantan Nik Abdullah Arshad (PAS) 4,631 Nik Hassan Ibrahim (Perikatan) 2,124 2,507
1969 DUN Kota Bharu Pantai, Kelantan Nik Abdullah Arshad (PAS) 4,893 Mohamad Idris (Perikatan) 2,831 2,062
1974 DUN Sering, Kelantan Nik Abdullah Arshad (BN-PAS) 4,818 Che Hassan (Bebas) 1,265 3,553
1982 DUN Sering, Kelantan Nik Abdullah Arshad (PAS) 3,628 Che Ismail Abdullah (BERJASA) 3,544 84
1986 Parlimen Pengkalan Chepa Nik Abdullah Arshad (PAS) 17,501 Haji Wan Ismail Ibrahim (BN) 13,326 4,175
1990 Parlimen Pengkalan Chepa Nik Abdullah Arshad (PAS) 27,321 Mohamed Apandi Ali (BN) 9,874 17,447

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan sunting

Nik Abdullah telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas pembentukan kerajaan campuran antara PAS dan Perikatan. Beliau telah dilantik pada akhir 1972 sehingga Pilihan raya umum Malaysia 1974.

Isu sunting

Ditahan di bawah ISA sunting

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada awal 1964 hingga 1968 atas dakwaan "menimbulkan huru hara di kalangan orang ramai"[1]. Turut ditahan ketika itu ialah Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak yang merupakan ayah kepada Dato' Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. Ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Bagi mengenang jasanya, Jalan Padang Tembak di Pengkalan Chepa ditukar kepada Jalan Nik Abdullah Arshad. Perkara itu diumumkanoleh Datuk Takiyuddin Hassan selaku Exco Kerajaan Tempatan, Perlancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan pada 15 Julai 2011. Jalan ini menuju ke Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.[2]

Sebuah jambatan di Jalan Padang Tembak, Kelantan yang merentasi Sungai Peng Datu menghubungkan antara Pulau Belanga dan Panchor juga dikenali sebagai Jambatan Pak Nik Lah oleh warga tempatan.

Meninggal dunia sunting

Nik Abdullah telah meninggal dunia pada 13 Januari 1996 ketika memberikan ucapan pada satu program munaqasyah PAS di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor[1].

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Mohd Fadli Ghani (2015). Tok Ayah Kedah : Legasi Ulama' Dalam Politik Kelantan. Kuala Lumpur: Jundi Resources. ISBN 978-967-5968-60-0.
  2. ^ Uproar over Jalan Tok Guru