Buka menu utama

Nik Adli Nik Abdul Aziz (1967) dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Malaysia, pada 18 Oktober 2006 , seminggu sebelum hari raya aidil fitri pada 24 Oktober 2006. Beliau dibawa dengan Pajero polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Nik Adli Nik Abdul Aziz dibebaskan dengan bersyarat. Beliau mesti melaporkan diri setiap Isnin di Ibu Pejabat Polis Kelantan . Beliau juga dilarang berucap di pentas selama 11 bulan .

Isi kandungan

KeluargaSunting

Isterinya ialah Sleh Monira Sleh Mat (1971). Sleh aktif dalam Gerakan Mansuh ISA.

Anaknya Nik Abdul Aziz bin Nik Adli( 9 tahun ) dan Nik Khifayatullah binti Nik Adli (6 tahun )menunggu di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Bapanya Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990. Ibunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

KerjayaSunting

Nik Adli Nik Abdul Aziz merupakan bekas guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar di Kampung Pulau Melaka,Kota Bharu, Kelantan.

Mula ditahanSunting

Nik Adli Nik Abdul Aziz ditahan pada 4 Ogos 2001 mengikut Seksyen 73 (1) ISA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan kerana di dakwa terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia terkejut kerana ia melibatkan anak Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tindakan menahan mereka juga berikutan serangan 911 terhadap World Trade Center di New York, Amerika Syarikat. Pihak Keselamatan Malaysia mendakwa mendapat risikan maklumat dan bertindak bagi membendung pekara seumpama itu daripada merebak ke Malaysia. Yazid Sufaat turut ditahan selepas itu.

Ada yang menyatakan KMM sebagai Kumpulan Militan Mujahideen yang mahu berjihad di Afghanistan. Ada antara mereka terlibat dengan perang antara agama di Maluku, [Indonesia]]. Mereka mendapat latihan membuat bom dan latihan ketenteraan di Afghanistan. Sumber inspirasi mereka ialah Osama bin Laden, seorang pemimpin spiritual yang karisma dan bertindak secara global.

Turut dibebaskanSunting

Nik Adli Nik Abdul Aziz dibebaskan bersama 11 orang tahanan ISA lain yang terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah. Mereka dibawa ke Pusat Reman Polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur sebelum dibebaskan.

Sempena menyambut hari raya Aidil Fitri pada 24 Oktober 2006, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia telah menandatangani surat pembebasan di Putrajaya.

Anggota Kumpulan Militan Malaysia yang dibebaskan pada 18 Oktober 2006 ialah :

Mereka ditahan di bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 berkuat kuasa 24 September 2001 kerana mengancam keselamatan negara Malaysia. Mereka telah ditahan sejak lima tahun di Pusat Tahanan ISA Kamunting, Taiping, Perak. Oleh kerana mereka di tahan di bawah ISA, tiada bukti telah dikemukakan mengenai dakwaan pembabitan mereka dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) ataupun Jemaah Islamiah. Mereka juga tidak pernah dibicarakan atau disabitkan dengan apa-apa kesalahan.

Mereka yang turut dituduh sebagai Anggota Jemaah Islamiah, yang dibebaskan ialah:

KontroversiSunting

ISA menjadi isu politik di Malaysia sejak sekian lama. Namun ISA mendapat nafas baru apabila Amerika Syarikat turut melaksanakan tahanan tanpa bicara yang dinamakan Akta Patriot selepas Peristiwa 911. Sejak itu Amerika tiada wibawa lagi untuk mengutuk tindakan Malaysia.

Amerika Syarikat menahan ratusan pemuda Islam terutama yang berada di Afghanistan , Iraq dan lain-lain di pusat tahanan Teluk Guantanamo di pulau Cuba.

Ironi , Cuba merupakan musuh ketat Amerika Syarikat. Semua tahanan berada di luar Amerika supaya mereka tidak tertakluk dengan undang-undang Amerika Syarikat.

Seseorang itu tidak bersalah selagi dia tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Mohd Yusof Ahmad selaku Pengarah Bahagian Penyelidikan Maklumat PLKN telah menimbulkan kontroversi terbaru berhubung Nik Adli Nik Abdul Aziz.

SumberSunting