Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud

Tan Sri Dato' Sri Setia Raja Dato' Haji Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmud (7 Julai 1909 – 20 Disember 1977) merupakan seorang tokoh politik Melayu yang terkenal.[1] Beliau dari keluarga bangsawan Kelantan, pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kelantan ke-11, menggantikan bapanya Nik Mahmud bin Nik Ismail. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-4. Beliau merupakan salah seorang yang membantu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan British.


Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud

DK (Kelantan); PMN; SPMK, SJMK, PYGP
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Dalam jawatan
11 November 1974 – 20 Disember 1977
Didahului olehChik Mohamad Yusuf Sheikh Abdul Rahman
Digantikan olehSyed Nasir Syed Ismail
Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom
Dalam jawatan
1957–1958
Didahului olehOthman Mohamad
Digantikan olehTunku Ya'akob Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ke Australia
Dalam jawatan
1956–1957
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehGunn Lay Teik
Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
1944–1953
Didahului olehNik Mahmud Nik Ismail
Digantikan olehTengku Muhammad Hamzah Tengku Zainal Abidin
Butiran peribadi
LahirNik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud
(1909-07-07)7 Julai 1909
Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia20 Disember 1977(1977-12-20) (umur 68)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor
Parti politik
Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Datin Nafisah Mahmood
Alma materUniversiti Bristol
Lincoln's Inn
ProfesionPeguam, Ahli Politik

Keluarga sunting

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Nafisah Mahmood. Salah seorang anaknya, Nik Mariah mengikut jejak langkahnya menjadi peguam dan menyertai Majlis Peguam.

Pendidikan sunting

Nik Ahmad Kamil mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Kota Baru, dan menamatkan pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1926, beliau belayar ke London bagi memulakan pendidikan universitinya, dengan itu menjadi pelajar Melayu pertama yang dihantar belajar ke luar negara.

Nik Ahmad Kamil belajar bidang Seni di Universiti Bristol dan menamatkan pengajian pendidikan di "Inns of Court" pada tahun 1929. Dia memasuki Bar Peguam pada 1930.

Apabila kembali ke Kelantan pada tahun 1931, dia menyertai perkhidmatan kerajaan Kelantan. Dia memegang pelbagai jawatan sehingga 1934 apabila dia dilantik pada jawatan Setiausaha Negeri ketika berusia 25, menggantikan bapa saudaranya Datuk Muhammad Tok Khatib Mohd Said.

Pada tahun 1938, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, dengan itu meletakkan bapa dan anak pada kedudukan tertinggi bagi orang Melayu sewaktu kolonial. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1942, jawatan yang dipegangnya sepanjang penjajahan Jepun, hingga 1953 iaitu Menteri Besar yang ke-11 selepas ayahnya yang berkhidmat dari 1921 hingga 1944.

Ketika perlaksanaan Malayan Union, beliau dilantik sebagai Timbalan Residen Komissioner di Kelantan dari 1946 hingga 1948.

Juga merupakan salah satu daripada ahli jawatan kuasa United Malays National Organization atau lebih dikenali sebagai UMNO. Beliau turut menggubal Perlembagaan UMNO.

Diplomat sunting

Beliau menjadi Setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri, Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu ke Australia (1956-57), Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom (1957-58), Duta Besar ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(1959 dan 1962).

Dalam Pilihan raya 1959, beliau berjaya menewaskan calon PAS di Kelantan dan terkenal kerana peranannya menyelamatkan UMNO dari PAS.Beliau menang kerusi parlimen Kota Baru Hilir dan menang lagi dalam Pilihan raya 1964.Dalam Pilihan raya 1969, beliau menang besar di Kelantan.

Pembabitan dalam kemerdekaan sunting

Bantahan Malayan Union melonjak Nik Ahmad Kamil ke bidang politik antarabangsa. Beliau memimpin Persatuan Melayu Kelantan (PKM) bersama Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) membuat perarakan membantah Malayan Union.Beliau turut mewakili Persatuan Melayu Kelantan dalam persidangan Kongres Melayu di Kuala Lumpur.

Nik Ahmad Kamil juga merupakan jawatankuasa kerja bersama Dato' Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Datuk Hamzah Abdullah dari Selangor dan Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Za'aba), untuk melakar charter dan perlembagaan bagi parti Umno yang baru ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.

Kongres Melayu Pan-Malayan pada 11 Mei hingga 12 Mei, 1946, UMNO dilancarkan dengan Onn Jaafar sebagai presiden pertamanya di Johor Bahru. Pada ketika ini, Nik Ahmad Kamil mula terbabit dengan lebih banyak dengan politik kebangsaan bersama Dato' Onn sebagai ahli jawatankuasa eksekutif.

Beliau mengikut Dato' Onn menyertai ("Independence of Malaya Party - IMP") pada tahun 1951, dan mengikut Dato Onn membentuk Parti Negara pada tahun 1954.

Nik Ahmad Kamil bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1955 dan bertanding sebagai calon Parti Negara pada tahun itu di Kelantan. Kegagalannya meyakinkannya bahawa Parti Negara bukan lagi kuasa politik dan beliau kembali menyertai Umno.

Beliau juga merupakan salah seorang dari empat yang mewakili Sultan dalam jawatankuasa kecil perundangan, berdasarkan latar belakangnya dalam undang-undang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Majlis Perundangan dan Esekutif kedudukan Ahli bagi Tanah, Perlombongan dan Komunikasi pada tahun 1953 dan kemudian Ahli bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar.

Nik Ahmad Kamil kemudian mewakili sebagai salah seorang dari empat wakil Sultan ke Persidangan Perlembagaan Merdeka di London pada tahun 1956. Anggota lain adalah Abdul Aziz Abdul Majid (Tun) Menteri Besar Selangor, Datuk Panglima Bukit Gantang Menteri Besar Perak, dan Dato' Seth Mohd Said, Timbalan Menteri Besar Johor.

Pada 1971, Nik Ahmad Kamil dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan pada 4 November 1974 sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Perniagaan sunting

Dalam bidang perniagaan, beliau menjadi pengarah Dunlop Industries , Malayan Banking dan Pengerusi Rothmans and Pall Mall Ltd pada 1970-an.

Persatuan sunting

Tan Sri Nik Ahmad Kamil terlibat dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan Royal Asiatic Society cawangan Malaysia dan Persatuan Zoologi Malaysia serta Persatuan Diraja Komanwel. Beliau juga menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Lady Templer Hospital, Majlis Kaunsel Universiti Malaya dan Pro-canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Meninggal dunia sunting

Tan Sri Nik Ahmad Kamil meninggal dunia pada 20 Disember 1977 dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.

Anugerah sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Rulers and residents: influence and power in the Malay States, 1870-1920, J. M. Gullick, Oxford University Press, 1992 - History - 411 pages
  2. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF). Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 8 Ogos 2016. Dicapai pada 14 Mac 2021.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kelantan
19441953
Penyandang Kemudian
Nik Mahmud bin Nik Ismail Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin