Nik Ali Mat Yunus merupakan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat BA (Hons) dari Universiti Malaya (1981), Diploma in Public Management INTAN (1982) dan MBA dari University of Hull, England (1991). Pada 2008 beliau mengikuti The Oxford Advanced Management Programme, Said Business School, Oxford Unive[sity, United Kingdom.

Beliau juga mengikuti Advanced Leadership And Management Programme INTAN pada 2009.

Kerjaya sunting

1980-an dan 1990-an sunting

Di antara kerjaya beliau ialah Penolong Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada tahun 1983 hingga 1985. Kemudian beliau berkhidmat menjadi Penolong Pengarah (Cawangan Sarawak), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (1985-1989) dan kemudiannya menjadi Pegawai Tadbir Kanan (Kewangan), Jabatan Perangkaan Malaysia (1990-1991). Penolong Pengarah (Industri), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (1992-1995). Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa), Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri (1995-2003).

2000-an sunting

Semasa Malaysia memasuki era 2000-an, beliau masih lagi di bawah Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri sehingga tahun 2003. Selepas itu beliau menjadi Menteri Penasihat Ekonomi @ Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia, Manila, Filipina sehingga tahun 2006.

Seterusnya beliau menjadi Setiausaha Bahagian (Komunikasi), Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi selama setahun (2006-2007) dan akhirnya di Pulau Pinang menjadi pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)(2007-sekarang)[1]

Isu dan kontroversi sunting

Isu Menteri Besar dan SDO sunting

Pada 21 Julai 2010, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan menyatakan Nik Ali Mat Yunus tidak patut dipersalahkan . Lim sebagai Ketua Menteri tidak sepatutnya melemparkan kenyataan terbuka kepada seorang Pegawai Persekutuan yang berkhidmat di Pulau Pinang. Isu timbul berhubung isu curi pasir di tapak cadangan membina Politeknik Balik Pulau. Projek itu dibina oleh kerajaan persekutuan tetapi pemantauan kecurian [asir oleh majlis daerah. Perobohan dua Pintu Gerbang Taman Botani Pulau Pinang dan dakwaan tiada kerusi disediakan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang semasa majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera. Kerajaan Pusat memutuskan untuk merobohkan dua pintu gerbang Taman Botani Pulau Pinang dengan alasan membazirkan wang kerajaan sedangkan projek itu dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Saliran dan Jabatan Taman Botani.

[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Latar Belakang Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-23. Dicapai pada 2010-07-21.
  2. ^ "Tuduhan Guan Eng terhadap Nik Ali melampau: KSN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-23. Dicapai pada 2010-07-21.