Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman

Prof Emeritus Dato’ Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman merupakan pakar arkeologi dari UKM.[1] Sekarang beliau merupakan Timbalan Pengarah Akademi Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain itu beliau menjadi Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma). Beliau menulis lebih 150 artikel dalam pelbagai jurnal di peringkat nasional dan antarabangsa serta menghasilkan pernerbitan buku lebih daripada 50 judul berkaitan penyelidikan arkeologi dan sejarah.

Pendidikan sunting

Beliau belajar bidang arkeologi di Universiti Malaya (UM) pada 1969. Kemudian di Institut Arkeologi Univesity Of London, 1972. Seterusnya membuat tesis Sarjana Arkeologi di School Of Afrika Study, di bawah Universiti Of London pada 1974 hingga 1976.

Pada tahun 1978 beliau sepatutnya menghabiskan pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) tetapi dipanggil pulang untuk mengajar di UKM. Selepas 5 tahun, beliau kembali ke London meneruskan pengajian dalam bidang yang sama.

Pada 1976-1981 menjalankan penyelidikan bersama pelajarnya di Lembah Bujang, Pulau Kalumpang, Perak dan di Pahang.

Pada 1981-1984 beliau berjaya menyiapkan pengajian peringkat PhD. Pada tahun 1985 menjadi ketua pasukan arkeologi Asean di Sungai Mas, Lembah Bujang, Kuala Kedah, Kedah.

Beliau banyak terbabit dalam Program Arkeologi Antara Asean: Sistem penggiliran tuan rumah - Indonesia (1984), Malaysia (1985), Filipina (1986), Thailand (1987), Brunei (1988) dan Singapura (1989)

Kajian terbaru 2008 beliau ialah penempatan manusia pra sejarah di hutan bakau di Pulau Kalumpang, Kuala Gula, Negeri Perak.

Pengalaman sunting

Beliau pernah membuat kajian arkeologi di kawasan pembangunan pelabuhan di Wales, berhampiran ‘London Bridge’.

Kajian beliau ke atas tiga masjid tua di Melaka mendapati kebanyakan orang Melayu tidak begitu peka dalam soal ukiran masjid. Terdapat lambang Kristian dan Buddhisme dan ini tidak seharusnya berlaku di rumah ibadat umat Islam.

Felo sejarah sunting

Beliau menerima Anugerah Felo Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) 2011 kali ke-6 pada 25 Februari 2012. anugerah itu diberikan kerana sumbangan dan khidmat mereka dalam memelihara dan memulihara Sejarah Melayu dan Sejarah Malaysia amnya. Beliau menjadi Yang Dipertua Ikatan Ahli-ahli Arkeologi Malaysia (Ikatan) selama 25 tahun.

Turut menerima anugerah ialah Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof dan Abdul Rahman Mohd Ali dan masing-masing membawa pulang sijil penghargaan serta pingat. [2]