Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman

Y.A.B Dato' Haji Nik Hassan bin Haji Wan Abdul Rahman (lahir 5 Ogos 1927) merupakan bekas Menteri Besar Terengganu yang menggantikan Dato' Mahmood bin Sulaiman kerana beliau telah meletak jawatan.

Dato' Haji

Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman

SPMT, PSD, KMN
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
05 September 1972 – 31 Ogos 1974
Didahului olehMahmood Sulaiman
Digantikan olehWan Mokhtar Ahmad
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Batu Rakit
Dalam jawatan
21 Ogos 1972 – 1974
Didahului olehMansor Mohamed
Digantikan olehAbdullah bin Abdul Rahman
Butiran peribadi
Lahir (1927-08-05) 5 Ogos 1927 (umur 96)
Parti politik
Anak-anakNik Mohd Fadzil Nik Hassan
IbuAsiah Muhammad
BapaWan Abdul Rahman Daud

Beliau berkhidmat antara 05 September 1972 sehingga 31 Ogos 1974.[1]

Kepimpinan sunting

Dato' Onn Jaafar, pengasas dan Pengerusi UMNO pertama, melantik Menteri Besar ke-5, Haji Kamaruddin Idris sebagai pengerusi negeri. Haji Kamaruddin kemudiannya melantik Nik Hassan, yang masa itu berusia 20 tahun sebagai setiausaha UMNO Terengganu pada tahun 1947.

Pelantikan ini merupakan satu bentuk latihan kepada beliau dalam mempersiapkan menduduki pucuk pimpinan tertinggi suatu hari nanti.

Pilihanraya sunting

Tun Abdul Razak melihat Nik Hassan sebagai calon yang layak diangkat bagi menggantikan Datuk Mahmood bin Sulaiman, sebagai Menteri Besar baru Terengganu. Datuk Mansor Mohamad, ADUN bagi kawasan Batu Rakit diminta meletak jawatan bagi membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan.

Nik Hassan dicalonkan dalam PRK Batu Rakit yang diadakan pada Ogos 1972, dan memenanginya. Nik Hassan kemudian terus mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru beberapa hari selepas itu.

Datuk Mansor Mohamad pula, dilantik menjadi Senator mewakili negeri Terengganu di Dewan Negara.

Kontroversi sunting

Nik Hassan pernah dilantik menjadi Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman. Setelah Tunku meletak jawatan pada 1970, beliau menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Abdul Razak, kemudian Nik Hassan dilantik pula sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun 1972.

Sejak dari mula, hubungan Nik Hassan sebagai Menteri Besar dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah kurang menyenangkan. Ia berawalan dari masa Sultan Ismail Nasirudin menjadi Yang DiPertuan Agong, dan Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri lagi.

Namun krisis paling getir adalah disebabkan balak. Sultan Ismail seringkali mendesak Menteri Besar memberikan kawasan balak kepada baginda, ataupun waris baginda. Ini betentangan dengan prinsip Nik Hassan, yang mana setiap anugerah mestilah melalui tender terbuka. Sultan Ismail yang murka pada beliau menyebabkan kesusahan, dan urusan kerajaan tertunggak selama berbulan-bulan.

Pada 1974, Nik Hassan digantikan dengan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad kerana beliau tewas dalam pilihan raya tahun itu.

Dunia korporat sunting

Selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar, Nik Hassan menyertai bidang korporat pula. Beliau menjadi Pengarah dan Pengerusi lembaga beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.



Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
September 1972 - Ogos 1974
Penyandang Kemudian
Dato' Mahmood bin Sulaiman Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad

Rujukan sunting

  1. ^ "Sejarah Menteri Besar Terengganu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-28.

Pautan luar sunting

  1. Syed Hussin Ali, Raja-Raja Melayu : Kemajuan atau Kemunduran?