Nik Mustapha bin Raja Abdullah

Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha bin Raja Abdullah (lahir 26 Disember 1954 di Machang, Kelantan) merupakan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia sejak Januari 2006. Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Naib Canselor UPM sejak Jun 2004.

Pendidikan dan kerjaya sunting

Dr. Nik Mustapha mendapat Diploma Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia pada 1976. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti California dan mendapat ijazah dalam bidang Resource Economics pada 1979. Seterusnya pada 1980 dan 1988, beliau mendapat ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang Agriculture and Resource Economics dari Universiti Negeri Oregon.

Beliau menyertai Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sebagai pensyarah pada 1981. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Profesor Madya pada 1993 dan seterusnya sebagai Profesor 4 tahun kemudian. Pada 1999, beliau menjadi Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Ekonomi Rekreasi dan Perikanan.

Kurniaan sunting

  • Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S)
    11 Disember 2006
  • Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K)
    1 April 2007
  • Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN)
    2 Jun 2007

Keluarga sunting

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajjah Rokiah Mohd Yusof dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Nik Azri Nik Mustapha, Nik Aizat Nik Mustapha dan Nik Azenin Nik Mustapha.

Pautan luar sunting