Nik Mustaza Nik Mustapha

Nik Mustaza Nik Mustapha ataupun lebih dikenali dengan nama Taja merupakan pemain gitar utama kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH).

Nik Mustaza Nik Mustapha
Kelahiran
Nik Mustaza Nik Mustapha

(1979-03-27) 27 Mac 1979 (umur 43)
Taman Sri Keramat, Selangor
Warganegara Malaysia
Nama lainTaja
PendidikanSekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang Diploma Sains Komputer
Pusat pendidikanCentre Continuing Education
PekerjaanPemuzik, Penerbit Lagu, Usahawan
Kampung asalHulu Langat, Selangor
PasanganNafisah Mohamat Yusof Khir

Nik Mustaza Nik Mustapha berasal dari Taman Sri Keramat, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1979. Beliau menceburi dalam bidang hiburan dengan menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain sebagai penyanyi gitar utamanya.

Taja dan Kumpulan MUH telah memenangi banyak anugerah di awal kemunculan antaranya Anugerah Juara Lagu ke 23 dan juga Anugerah Bintang Popular.

Taja kini lebih aktif di belakang tabir dan banyak menumpukan kepada kerja-kerja menerbitkan lagu untuk artis-artis popular Malaysia.

PencapaianSunting

Sepanjang pembabitannya dalam bidang hiburan, dia pernah menggondol beberapa anugerah, antaranya adalah Kumpulan Baru Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008.[1]

PendidikanSunting

Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur (1991-1995)

Nik Mustaza Nik Mustapha mendapat pendidikan tahap diploma dalam Sains Komputer dari Centre Continuing Education, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

RujukanSunting

Pautan luarSunting