Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Nik Nordin bin Mohd Noor
KelahiranNik Nordin bin Mohd Noor
Pasir Mas, Kelantan
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranNik Nordin MN

Nik Nordin MN atau nama sebenarnya Nik Nordin bin Mohd Noor, kelahiran Pasir Mas, Kelantan merupakan salah seorang pelukis dan ilustrator di era 1970-an hingga 1980-an. Allahyarham meninggal dalam usia yang masih muda setelah demam panas. Semasa hayatnya, allahyarham bermula sebagai pelukis komik bebas (freelancer).

Karya pertama beliau ialah PERKASA, sebuah komik genre purba ala CONAN THE BABARIAN. Komik tersebut diterbitkan oleh Syarikat Penerbitan Knight, Bangsar, Kuala Lumpur. Format bersaiz kecil dan dijual dengan harga 60 sen dalam dua warna. PERKASA merupakan superhero Melayu ciptaan beliau berdasarkan karekter CONAN yang bertubuh sasa, mendapat kekuatan setelah membunuh makhluk raksasa. Komik ini diterbitkan dalam beberapa siri yang lain dan siri yang ketiga dalam 4 warna penuh dan bersaiz komik US.

Kemudian, allahyarham menyertai Syarikat Suarasa melukis komik-komik bagi majalah BAMBINO dan RINA. Nik Nordin turut diberi peluang melukis karekter Bambino dan komik Rina (achor majalah RINA) buat beberapa ketika. Genre yang digemari allahyarham ialah genre purba melalui komik Perkasa, Kala dan Keris Merah. Setelah itu, allahyarham menyertai UTUSAN MELAYU sebagai ilustrator dan menyumbang karya sebagai penghias cerpen dan komik mingguan. Komik bersiri ESOK MASIH ADA merupakan kolobrasi allahyarham dengan penulis novel dan wartawan tersohor, Zahari Affandi.

Lihat juga sunting