Nik Sayyidah Fatihah atau lebih mesra dipanggil Mek merupakan seorang aktres komedi yang popular di Malaysia. Artis asal Kelantan yang berketurunan Melayu-Siam ini mula diperkenalkan di persada seni menerusi sitkom Salam Pantai Timur yang mula disiarkan pada tahun 2001.

Nik Sayyidah
KelahiranNik Sayyidah Fatihah Yazib
Kelantan, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainNik Mek , Mek Siti
Tahun aktif2001 – kini

Setelah sekian lama hanya sekadar muncul dalam sitkom tersebut, sejak 2006 beliau mula muncul dalam produksi lain. Mek popular menerusi telenovela Ezora yang disiarkan di TV3 pada tahun 2008 serta muncul dalam filem-filem komedi arahan Ahmad Idham seperti Brainscan: Aku dan Topi Ajaib & Senario Episod 2: Beach Boys.

Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Mek dicalonkan untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH).

Kehidupan peribadiSunting

Beliau menamatkan zaman dara pada tahun 2009 dengan mengahwini seorang usahawan [Nota 1] asal Kelantan. Namun pada 11 Ogos 2012, beliau mengaku sudah bercerai dengan suaminya pada awal tahun itu dan kini hidup bermadu sebagai isteri kedua selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Mei lalu.Walaupun perkahwinan keduanya itu tidak dilangsungkan dengan meriah namun statusnya yang kembali bersuami, disifatkannya bukan perkara rahsia. Katanya, perkenalan dengan suami barunya itu hanya bermula sekitar April 2012 sehingga mereka membuat keputusan untuk bernikah sebulan kemudian.[1]

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Salam Pantai Timur TV1
Ceplos TV3

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2008 Brainscan:Aku Dan Topi Ajaib
Mak Eric Ahmad Idham Filem pertama
2009 Senario The Movie Episode 2: Beach Boys Hamidah Ahmad Idham

Program TVSunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Al - Hidayah Tetamu Pilihan TV3

RujukanSunting

  1. ^ Mek kahwin kali kedua myMetro. 11/08/2012.

CatatanSunting

  1. ^ Suami pertama seorang kakitangan kerajaan negeri dan bukan usahawan.

Pautan luarSunting