Nik Wan Daud merupakan mufti negeri Kelantan yang pertama.[1] Beliau digantikan oleh Haji Wan Ishak. Nama penuhnya adalah Haji Nik Wan Daud bin Haji Wan Sulaiman. Dia dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, pada tahun 1854 M bersamaan 1271 H.

Cendekiawan Islam
Mufti negeri Kelantan
Nama: Haji Nik Wan Daud bin Haji Wan Sulaiman
Lahir:
Wafat:
Mazhab: Syafii
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu
Bidang: Mufti Negeri Kelantan Pertama


Sumbangan dan khidmat masyarakat sunting

Beliau telah mewakili Sultan Mansur untuk membeli rumah putih milik Syeikh Muhammad Salleh al-Kurdi di Mekah pada 12 Safar 1312H (14 Ogos 1894) untuk dijadikan sebagai rumah wakaf kepada anak-anak Kelantan yang belajar di sana dan juga yang mengunjunginya. Beliau turut mengiringi Raja Kelantan yang kemudian bergelar Sultan Muhammad IV pergi ke Bangkok, Thailand pada 9 Jun 1900 dan kemudian kembali semula pada 10 Ogos 1900.

Semasa zaman pemerintahan tersebut iaitu semasa beliau memegang jawatan mufti, terdapat jawatan nazir yang dilantik untuk membuang panji-panji yang dipacak di tempat-tempat keramat pemujaan.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 29 Ramadhan 1325H (4 November 1907) ketika berusia 54 tahun. Beliau masih memegang jawatan sebagai mufti dan juga Imam Tua Masjid Besar Kota Bharu semasa meninggal dunia. Beliau kemudian telah dikebumikan pada hari berikutnya di Kubur Banggul, Kota Bharu dan jenazahnya telah diziarahi oleh Sultan Muhammad IV dan Raja Muda Tengku Zainal Abidin bin Tengku Kundor.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ "MUFTI KELANTAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 2018-06-01.