Nicole Zefanya (lahir 24 Januari 1999), yang juga dikenali dengan nama pentasnya NIKI, ialah seorang penyanyi-penulis lagu dan penerbit rakaman Indonesia. Beliau dilibatkan dalam payung label rakaman Amerika Syarikat 88rising.[3]

NIKI
NIKI pada tahun 2022
Kelahiran
Nicole Zefanya

(1999-01-24) 24 Januari 1999 (umur 25)
PendidikanLipscomb University, Sekolah Pelita Harapan
Pekerjaan
Ibu bapaJulia Josephine Tangkau (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Tahun aktif2014 - sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Awal hidup sunting

Nicole Zefanya lahir pada 24 Januari 1999 di Jakarta, beliau turut dibesarkan di sana. Beliau membesar mendengarkan lagu-lagu R&B zaman 1990-an seperti Destiny's Child dan Aaliyah yang dikongsi ibunya.[4] Beliau bersekolah di Sekolah Pelita Harapan Lippo Village, sebuah sekolah swasta antarabangsa di Jakarta.

Pada ketika zaman persekolahan ini, NIKI menjadi masyhur dengan cover dan lagu asli karyanya di YouTube, dengan meraih lebih dari 40,000 pelanggan; ada beberapa lagu lamanya yang masih bisa ditemukan di dunia maya meskipun cuba dipadam sekali dengan saluran lama itu.

Kerjaya muzik sunting

NIKI kemudian menerbitkan lagu "Polaroid Boy" dan "Anaheim" secara mandiri pada 2016 dan 2017. Pada 2017, Niki pindah ke Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat untuk meneruskan pengajian seni muzik di sebuah universiti di sana, di situ jugalah beliau menerbitkan lagu “See U Never” dan “I Like U” di bawah payung label rakaman Amerika Syarikat 88rising sebagai penyanyi.[1] Dalam wawancaranya dengan akhbar KOMPAS, Niki mengaku bahawa penyertaan beliau hasil diundang oleh Rich Brian setelah Brian mendengar lagunya di YouTube dan kemudian menghubunginya langsung.[3] Beliau kemudian merilis lagu “Vintage” pada 2 Mei 2018 sebagai singel pertama dari EP-nya yang bertajuk Zephyr.[5]

Pada 23 Mei 2018, EP terulung NIKI Zephyr diterbitkan. Beliau mengatakan bahawa beliau terilham dari kisah asmara masa remaja muda yang dirasa lebih mudah dicerna lantaran lazim dialami semua lapisan masyarakat.[6] Dalam wawancaranya, NIKI menyebut:[6]

Aku ingin membuat seperti cerminan siapa diriku, seperti jalurku, [ketika] aku tumbuh [bersama] dengan musik R&B. Aku ingin memastikan elemen itu ada di album dan aku merasa aku melakukannya dalam chord-nya, melodinya, struktur musiknya, aku ingin itu seperti lebih banyak di genre R&B. Aku juga pingin ada elemen pop, jadi orang bisa suka.

Niki kemudian menerbitkan EP keduanya yang bertajuk wanna take this downtown? dengan singel "Lowkey" pada April 2019.[3]

Gaya persembahan sunting

Dengan suaranya yang lembut dan khas, NIKI mendapatkan beberapa julukan, seperti "R&B Princess" oleh VICE Indonesia.[4]

Ulasan Aisyah Pravita di GilaNada.com untuk EP Zephyr menyebut bahawa EP tersebut "terasa halus dan ringan untuk didengarkan kapanpun". Beliau juga menjolok NIKI sebagai "ratu baru R&B lokal" sambil menambahkan bahawa "jika kalian menikmati musisi-musisi seperti Kehlani, SZA, Jhene Aiko, atau H.E.R., kalian akan merasa sangat bangga dan bersyukur NIKI berasal dari Indonesia. NIKI adalah artis lokal dengan kualitas internasional."[7]

Diskografi sunting

Extended play sunting

Tajuk Butiran album
Zephyr
wanna take this downtown?

Single sunting

Sebagai penyanyi utama sunting

Senarai single dengan tahun pelancaran
Judul Tahun Album
"Awali Hari Dengan Cinta" 2014 Single tanpa album
"Polaroid Boy" 2016
"Anaheim" 2017
"See U Never"
"I Like U"
"Chilly"
"Vintage" 2018 Zephyr
"Spell"
"Dancing with the Devil"
"Warpaint" Head in the Clouds
"lowkey" 2019 wanna take this downtown?
"Every Summertime" 2021 Single tanpa album
"Before" 2022 Nicole
"High School in Jakarta"

Sebagai penyanyi undangan sunting

Judul Tahun Album
"Little Prince"
(Rich Brian tampilan Niki)
2018 Amen[8]
"La Cienega"
Niki dan Joji
Head in the Clouds (album)
"Plans"
Niki dan Vory
"Poolside Manor"
Niki dan AUGUST 08
"I Want In"
Niki dan AUGUST 08

Konsert jelajah sunting

Sebagai pembuka sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Methanisa, Katyusha (29 September 2017). "Meet the Latest Indonesian R&B Singer Trying to Take Over the US". Vice. Dicapai pada 11 June 2018.
  2. ^ "SINDHÈN INTERVIEW: NIKI". 4 October 2017 – melalui YouTube.
  3. ^ a b c Sembiring, Ira Gita Natalia (13 Ogos 2018), Cerita NIKI Masuk Kancah Musik Dunia karena Digandeng Rich Brian Unknown parameter |web= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ a b Harfenist, Ethan (14 November 2017). "We Talked to Indonesia's 'R&B Princess' NIKI About 'Going International,' and '90s Nostalgia". Vice. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  5. ^ Penrose, Nerisha (2 May 2018). "NIKI Reminisces About a Former Love in 'Vintage' Video: Premiere". Billboard. Dicapai pada 7 May 2018.
  6. ^ a b Alpito, Agustinus Shindu (15 Ogos 2018). "Tentang Zephyr, Album Debut NIKI". Medcom.id. Dicapai pada 21 Julai 2019.
  7. ^ Pravita, Aisyah (13 Jun 2018). "NIKI – "Zephyr" EP Review: Ratu Baru R&B Lokal". Gilanada. Dicapai pada 21 Julai 2019.
  8. ^ Maher, Natalie (30 January 2018). "Rich Brian Reveals Track List for Debut Album 'Amen'". Billboard. Dicapai pada 11 June 2018.
  9. ^ Cung, Danie (5 June 2014). "Lautan Swifties di #REDTourJkt Taylor Swift di MEIS". Creative Disc. Dicapai pada 11 June 2018.
  10. ^ Newstead, Al (26 March 2018). "Rich Brian announces debut Australian tour". Triple J. Dicapai pada 11 June 2018.
  11. ^ Jones, Abby (26 March 2018). "Halsey Announces Final Installment of Hopeless Fountain Kingdom World Tour". Billboard. Dicapai pada 11 June 2018.

Pautan luar sunting