Nikki Palikat
Nicolette Louisa "Nikki" Palikat (lahir 1 November 1985) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama.[1] Beliau juga merupakan naib juara Gegar Vaganza (musim 8) pada 2021.
Nikki Palikat | |
---|---|
Nama lahir | Nicolette Louisa Palikat |
Kelahiran | Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat | 1 November 1985
Berasal dari | Tambunan, Sabah, Malaysia |
Genre | Pop, R&B, soul |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2004–kini |
Syarikat rakaman | Artistes United Records |
Pengkarya berkait | Zahid, Ning Baizura, Yanie, Audi Mok, Siti Sarah |
Laman sesawang | www.nikkimusic.com.my |
Kehidupan peribadiSunting
Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.
Beliau ialah anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan lagu ' Anak Kampung. Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Liam Audi yang kini berusia 12 tahun .Ralat petik: Tag <ref>
tidak ditutup dengan </ref>
[2]
Setelah selesai menyertai Gegar Vaganza, Nikki kemudian membuat pengakuan bahawa beliau sebenarnya sudah lama berpisah dengan bekas suaminya, Audi Mok akan tetapi Nikki tidak menghebahkan berita tersebut kepada media pada ketika itu. Namun beliau berkata bahawa beliau dan bekas suami kini tetap berhubungan baik demi anak mereka.
Malaysian Idol 2004Sunting
Nikki hampir tersingkir di pusingan Workshop namun beliau bertuah pada ketika itu kerana dipilih oleh para juri untuk mara ke pusingan Wildcard dan hasilnya beliau berjaya terpilih ke Top 12 hasil undian penonton. Namun beliau tersingkir pada konsert spektakular kelima berikutan undian tidak menyebelahi beliau. Berikut persembahan Nikki;
Pusingan | Lagu & penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|
Workshop 1 | "One Moment in Time" (Whitney Houston) | Wildcard |
Wildcard | "The Voice Within" (Christina Aguilera) | Top 12 |
Top 12 | "Crazy in Love" (Beyoncé Knowles) | Selamat |
Top 10 | "I Want You Back" (The Jackson 5) | Selamat |
Top 8 | "Against All Odds" (Phil Collins) | Selamat |
Top 7 | "I'm With You" (Avril Lavigne) | Selamat |
Top 6 | "Emotions" (Mariah Carey) | Tersingkir |
Uniknya, sepanjang pertandingan Malaysian Idol berlangsung, Nikki antara peserta yang tidak pernah sekalipun menyanyikan lagu berbahasa melayu.
Gegar Vaganza 8Sunting
- Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 8)
Nikki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Laguku Sendiri | Caramu | Dirinya sendiri (Duet dengan Zahid Baharuddin) | Ke-4 |
Minggu 2 | Masih Aku Terasa | Drama | Nikki Palikat, Ning Baizura dan Yanie | Ke-3 |
Minggu 3 | Segalanya Ku Terima | Semalam | Aina Abdul | Tempat Pertama |
Minggu 4 | Berdiri Bulu Romaku | Zombie | The Cranberries | Ke-2 |
Minggu 5 | Dulu Lain Sekarang Lain | Gelombang | Salamiah Hassan | Tempat Pertama |
Minggu 6 | Langkah Seiringan | Gurindam Jiwa (Duet Bersama Syamel) | Rafeah Buang dan R. Ismail | Ke-6 |
Minggu 7 | Kelentang Kelentong | Rindu | Hetty Koes Endang | Tempat Pertama |
Minggu 8 (Suku Akhir) | Kupetik Bintang-Bintang | Zheng Fu | Nai Ying | Ke-4 |
Minggu 9 (Separuh Akhir) | Lagu Untukmu | Puncak Kasih | Ziana Zain | Ke-2 |
Ikut Rentakku | Jaclyn Victor | |||
Minggu 10 (Akhir) | Akhirnya Kini Pasti | Terasing | Dato' Sudirman | NAIB JUARA |
Mengapa (Duet Bersama Idayu) | Nicky Astria | |||
Gangnam Style (battle Suki Low) | PSY |
DiskografiSunting
Album studioSunting
Judul | Butiran album |
---|---|
Maharani |
|
Hawa |
|
SingleSunting
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2005 | "Pinta" | Maharani |
"Imaginasi" | ||
"Hey! Hey!" | ||
2006 | "Caramu" (feat Zahid) | |
"Drama" (featuring Ning Baizura & Yanie) | Single | |
2008 | "Relakan" | Hawa |
"Selamat Tinggal" | ||
"Cantik" | ||
2009 | "Belasmu" | |
"Hawa" | ||
2010 | "Biar Waktu" | OST Drama Apa Dosaku |
2013 | "Kata Mama" | Single |
2022 | "Sudah" | Single |
FilemografiSunting
TelevisyenSunting
Tahun | Acara | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Malaysian Idol Musim 1 | Peserta | 8tv | Tersingkir konsert Top 6. |
2021-2022 | Gegar Vaganza Musim 8 | Peserta | Astro Ria | Naib Juara GV8 |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Dendam Aurora | Laura | Astro Prima | Pelakon pembantu |
Selamat Malam Tan Sri | Puspa | TV2 | ||
2019 | Seputih Cinta Rangbulan | Cindy |
Anugerah & pencapaianSunting
Tahun | Acara | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2006 | Anugerah Planet Muzik 2006 | Artis Baru Wanita Terbaik | Album Maharani | Menang |
Anugerah Era 2006 | Artis Harapan | N/A | Tercalon | |
Lagu Pop Terbaik | "Caramu" | Tercalon | ||
2007 | Anugerah Era 2007 | Vokal Dua Berkumpulan | Menang | |
Anugerah Industri Muzik ke-14 | Video Muzik Terbaik | Menang | ||
2009 | Anugerah Industri Muzik ke-16 | Kulit Album Terbaik | Album Hawa | Tercalon |
Anugerah Planet Muzik 2009 | Artis Wanita Terbaik | Tercalon | ||
2021-2022 | Gegar Vaganza Musim 8 | N/A | N/A | Naib Juara |
RujukanSunting
- ^ https://web.archive.org/web/20090627220134/http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Variasi/20090111121722/Article/index_html
- ^ Tan Gim Ean (26 April 2019). Nikki Palikat on her most demanding role to date in 'Euphrasia — The Musical' Options The Edge. Dicapai pada 26 April 2019.