Nikko Hotels International (Jepun: ニッコー・ホテルズ・インターナショナル, Hepburn: Nikkō Hoteruzu Intānashonaru) ialah sebuah rangkaian hotel antarabangsa yang memiliki hartanah Hotel Nikko (Jepun: ホテル日航, Hepburn: Hoteru Nikkō) di Asia, Eropah, Amerika Utara, dan Pasifik Selatan. Rantaian ini dimiliki oleh Okura Hotels.[1] Nikko Hotels International (NHI) mulanberoperasi pada tahun 1972 sebagai jenama hotel global dari Japan Airlines,[2] dengan milikan pertamanya terletak di Jakarta.[3] Hotel pertama yang dikendalikan oleh NHI di Jepun dibuka pada tahun 1973.[3] Sementara milikan Nikko yang lain dimiliki ataupun dikendalikan oleh entiti lain. Salah satu milikan tertua Nikko ialah Ginza Nikko, yang dibuka pada tahun 1959.[4][5]

Hotel Nikko Kochi, terletak di Kochi, Jepun

Nikko Hotels International dimiliki oleh Japan Airlines Development Company Limited, dan pada deka. 1990-an, namanya diubah menjadi JAL Hotels.[1] Pasca pemerolehan pada tahun 2010, Nikko menjadi anak syarikat Okura Hotels.[1] Ahli gabungan Hotel Nikko antara lain milikan Hotel Royal di Asia Tenggara.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "JAL Hotels fact sheet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-14. Dicapai pada 2019-12-16.
  2. ^ "Japan Airlines Company, Ltd". fundinguniverse.com.
  3. ^ a b Nikko Hotels International - Nikko History
  4. ^ Japan encyclopedia By Louis Frédéric
  5. ^ Ginza Nikko Hotel After 50th Anniversary Renovation