Nilai kejutan adalah potensi gambar, teks atau bentuk komunikasi lain untuk mencetuskan reaksi meluat, terkejut, marah, takut, atau emosi seumpamanya. Contoh laman kejutan yang menggunakan gambar dengan nilai kejutan yang tinggi adalah Tubgirl.com dan Goatse.cx.

Nilai kejutan dalam pengiklanan sunting

Nilai kejutan sering kali digunakan dalam dunia pengiklanan bagi mendapatkan perhatian bagi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Sebagai contoh, Benetton terkenal kerana menggunakan bahan kejutan dalam iklan mereka (seperti bayi baru lahir bersalut darah dan dengan tali pusat). Bayi tersebut tidak mempunyai kaitan dengan jenama atau barangannya, tetapi orang masih mengingati jenama dan iklan tersebut. Häagen-Dazs menggunakan taktik versi lebih serdahana - keluaran ais kerimnya dikaitkan dengan unsur seks bagi menghasilkan nilai kejutan.

Sunggupun pengiklanan sebegini menyinggung sebahagian pembaca, ia ternyata berkesan di masa lalu. Kejutan awal hampir selalunya mengekalkan nama jenama kepada ingatan penonton.

Nilai kejutan moden sunting

Nilai kejutan moden juga terdapat dalam pelbagai bentuk. Disebabkan perkara yang mengejutkan pada suatu masa seperti mohawks dan bertindik, menjadi biasa, nilai kejutan kadang kala terdapat dari pakaian dari 1890-1930-an, seperti topi tinggi (tophats), spats, monakles, dan tongkat.

Lihat juga sunting