Nirgendwo in Afrika

Nirgendwo in Afrika (bahasa Inggeris: Nowhere in Africa, Melayu: Terpencil di Afrika) ialah sebuah filem epik dari Jerman yang telah diterbitkan pada tahun 2001. Filem yang diarahkan oleh Caroline Link ini, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama yang ditulis oleh Stefanie Zweig. Ia mengisahkan sebuah keluarga Yahudi yang berhijrah ke Kenya ketika Perang Dunia Kedua kerana melarikan diri daripada kekejaman Nazi di tanah air mereka. Di Kenya, mereka mengerjakan sebuah ladang sebagai sumber pendapatan. Filem ini memenangi Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik pada tahun 2002.

Nowhere in Africa
PengarahCaroline Link
PenulisCaroline Link,
Stefanie Zweig
Dihasilkan olehPeter Herrmann
DibintangiJuliane Köhler,
Merab Ninidze
Diedarkan olehZeitgeist Films
Tarikh tayangan
Jerman 27 Disember 2001
Amerika Syarikat 14 Mac 2003
Kanada 7 Mac 2003
(Toronto sahaja)
United Kingdom 4 April 2003
Australia 17 April 2003
Masa tayangan
141 min
BahasaBahasa Jerman
Bahasa Inggeris
Bahasa Swahili
Bajet€7 juta

Pautan Luar sunting