Nirina Raudhatul Jannah Zubir (lahir di Antananarivo, 12 Mac 1980; umur 44 tahun) adalah seorang penyanyi dan pelakon kewarganegaraan Indonesia.

Nirina Zubir
Kelahiran
Nirina Raudhatul Jannah Zubir

(1980-03-12) 12 Mac 1980 (umur 44)
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
PasanganErnest Fardiyan Sjarif (k. 2008)
Anak-anak2
IbuCut Indria Marzuki
BapaZubir Amin

Biografi sunting

Beliau merupakan anak kepada Zubir Amin, seorang diplomat senior kelahiran Pariaman, Sumatera Barat, ialah memiliki anak perempuan pertama kedua dari bapanya keturunan Minangkabau dan ibunya keturunan Aceh Timur

Kerjaya sunting

Nirina Zubir memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sebagai VJ MTV Indonesia selama beberapa tahun dan mula menceburi bidang lakonan dalam filem 30 Hari Mencari Cinta.

Setelah berjaya melakonkan watak Gwen dalam 30 Hari Mencari Cinta yang berperwatakan tidak jauh beza dengan sifat aslinya, Nirina Zubir mendapat undangan untuk berlakon dalam filem keduanya, Mirror dan berperan sebagai Kikan pada tahun 2005.

Setelah filem keduanya, Nirina Zubir diundang lagi untuk berlakon dalam sebuah filem bertemakan seram ngeri psikologi berjudul Belahan Jiwa. Dalam filem ini, Nirina Zubir berperan sebagai Baby Blue yang trauma akibat kematian saudara kembarnya, Baby Pink. Filem ini mendapat sambutan baik di pasaran pada akhir tahun 2006.

Pada 11 Mei 2006, filem keempatnya ditayangkan di pawagam bertajuk Heart. Dalam filem ini, Nirina Zubir pun mengisi soundtracknya. Lagu yang Nirina Zubir nyanyikan berjudul Hari Ini, Esok dan Seterusnya.

Selepas filem Heart yang berjaya mengutip 1,6 Juta penonton tahun 2006, kemudian pada tahun 2007 Nirina Zubir melanjutkan lakonannya dengan filem Get Married arahan Hanung Bramantyo yang menjadi filemnya yang berjaya di box office iaitu ditonton sebanyak 2,2 Juta orang. Tidak hairan pada tahun 2007 Nirina Zubir menjadi pelakon filem termahal di Indonesia dengan jumlah Rp 250 Juta per filem. Sayang gelar itu tidak lama diraihnya karena tahun 2008 dia absen dari layar lebar. Jawatan itu kemudian disandang oleh pelakon Acha Septriasa. Tahun 2009 Nirina Zubir kembali masuk daftar pelakon termahal dan berada di peringkat empat, dibawah artis Luna Maya.

Kehidupan peribadi sunting

Nirina Zubir berkahwin dengan Ernest Fardiyan Sjarif pada tahun 2009 dan dikurniakan dua anak Zivara Ruciragati Syarif dan Elzo Jaydn Anvaya.[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Filem Peranan Nota
2004 30 Hari Mencari Cinta Gwen Dicalonkan - Independent Film Awards for Best Newcomer
2005 Mirror Kikan Indonesian Movie Awards for Favorite Actress
Nominasi - Indonesian Movie Awards for Best Actress
2005 Belahan Jiwa Baby Blue
2006 Heart Rachel Indonesian Movie Awards for Best Actress
Penghargaan FFI untuk Pemeran Utama Wanita Terbaik
Nominasi - Indonesian Movie Awards for Favorite Actress
2007 Kamulah Satu-Satunya Indah
2007 Get Married Mae Dicalonkan - Indonesian Movie Awards for Best Actress
Dicalonkan - Indonesian Movie Awards for Favorite Actress
2009 Get Married 2 Mae Dicalonkan - Indonesian Movie Awards for Best Actress
Dicalonkan - Indonesian Movie Awards for Favorite Actress
2018 Insya Allah Sah 2 Inspektur Jingga

Sinetron sunting

Diskografi sunting

Single sunting

Tahun Judul Album Nota
2006 "Hari Ini, Esok & Seterusnya" OST Heart Pelakon dan penyanyi.
2007 "Pandangan Pertama" OST Get Married Kolaborasi bersama Slank.

Rujukan sunting

  1. ^ Ada Miom di Rahim, Nirina Melahirkan Lebih Cepat DetikHot (6 Februari 2012). Dicapai pada 25 November 2012.

Pautan luar sunting