Nobuyuki Abe

Nobuyuki Abe (阿部 信行, Abe Nobuyuki) (24 November 1875 – meninggal 7 September 1953) adalah Perdana Menteri Jepun pada 1939 hingga 1940

Abe Nobuyuki
阿部 信行
Nobuyuki Abe formal.jpg
Perdana Menteri Jepun
Dalam jawatan
30 Ogos 1939 – 16 Januari 1940
RajaShōwa
Didahului olehKiichiro Hiranuma
Digantikan olehMitsumasa Yonai
Gabenor Jeneral Korea
Dalam jawatan
22 Julai 1944 – 12 September 1945
RajaShōwa
Didahului olehKuniaki Koiso
Digantikan olehPosisi dihapuskan
Butiran peribadi
Lahir(1875-11-24)24 November 1875
Kanazawa, Ishikawa, Jepang
Meninggal dunia7 September 1953(1953-09-07) (umur 77)
Parti politikTaisei Yokusankai (1940–1945)
Sekutu gabungan
politik lain
Independen (sebelum 1940)
Alma materAkademi Angkatan Darat Kekaisaran Jepang
Kuliah Perang Angkatan Darat
ProfesionJenderal

BiografiSunting

Awal hidupSunting

Beliau dilahirkan dalam suatu keluarga yang pernah berkhidmat sebagai samurai di Kanazawa city, Prefektur Ishikawa.

Beliau menjalani pendidikannya di sekolah tengah Tokyo No.1 (kini Sekolah Tinggi Hibiya Metropolis Tokyo) seterusnya dilanjutkan ke Sekolah Tinggi No. 4. Beliau memasuki tentera Imperial secara sukarela semasa meletusnya Perang China-Jepun Pertama.

Kerjaya ketenteraanSunting

Nobuyuki meneruskan pengajian pasca-perangnya di Akademi Angkatan Darat Imperial Jepun pada November 1897. Beliau diberi pangkat leftenan kedua pada 27 Jun tahun berikutnya sebelum dinaikkan ke leftenan pada November 1900. Beliau menamatkan pengajiannya di sana pada November 1907.

PemerintahanSunting

Nobuyuki dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun pada 30 Ogos 1939[1] sambil juga berportfolio Menteri Luar Negara. Sepanjang penjawatannya, beliau cuba mengusahakan penamatan Perang China-Jepun Kedua; beliau juga berusaha mahu mengekalkan status berkecuali Jepun mengelakkan daripada campur tangan dalam Perang Dunia Kedua yang semakin membuak lagi-lagi daripada pengaruh Jerman dan Itali. Pendirian ini tidak disukai malah langsung mengurangkan keyakinan terhadap kedudukan Nobuyuki sehingga beliau dipecat dan digantikan dengan Mitsumasa Yonai pada Januari 1940.

RujukanSunting

  1. ^ Baudot, Marcel (1980). The Historical Encyclopedia or World War II. Facts on File Inc. m/s. 1. ISBN 0-87196-401-5.
Sumber utama


Pautan luarSunting