Nombor Komuniti Eropah

Nombor Komuniti Eropah (Bahasa Inggeris: European Community number; nombor EC) ialah suatu pengecam tujuh digit unik yang diberikan kepada bahan-bahan bagi tujuan pengawalseliaan dalam kawasan Kesatuan Eropah oleh Suruhanjaya Eropah. Bahan-bahan yang memiliki nombor EC dibahagikan dalam Inventori EC yang merangkumi tiga inventori individu, EINECS, ELINCS dan senarai NLP.[1]

Nombor EC ditulis secara umumnya dalam format NNN-NNN-R,[2] di mana R ialah suatu digit semak dan N mewakili integer. Digit semak dikira menggunakan kaedah ISBN. Menurut kaedah ini, digit cek R adalah jumlah aritmetik modular 11 berikut:

Sekiranya baki R ialah 10, gabungan nombor tersebut tidak akan diambil kira bagi penggunaan nombor EC.

Inventori ECSunting

Inventori Rangkuman Format Jumlah entri
European Inventory of Existing Commercial Chemical Substances (EINECS) Sebarang bahan (tidak termasuk polimer) yang dicatatkan sebagai tersedia secara komersial di Kesatuan Eropah dari 1 Januari 1971 hingga 18 September 1981.[3] Bahan-bahan dianggap didaftar dalam Fasal 8(1) Arahan Bahan Berbahaya, dan dianggap berada di bawah pengawalan REACH secara bertahap. 2xx-xxx-x
3xx-xxx-x
100,102[3]
European List of Notified Chemical Substances (ELINCS) Bahan yang dikelaskan di bawah Arahan Pemberitahuan Bahan Berbahaya bagi Bahan Baharu (NONS) yang tersedia secara komersial selepas 18 September 1981[petikan diperlukan] 4xx-xxx-x 4,381
No Longer Polymers (NLP) Takrifan polimer diubah pada April 1992,[4] menyebabkan sesetengah bahan tidak lagi dikelaskan sebagai polimer. Berikutan hal itu, sebuah senarai khas diterbitkan yang menyenaraikan bahan-bahan terlibat yang tersedia secara komersial dari 18 September 1981 hingga 31 Oktober 1993.[5] 5xx-xxx-x 703

RujukanSunting

  1. ^ "Guidance for identification and naming of substances under REACH and CLP" (PDF). Agensi Bahan Kimia Eropah. Mei 2017. m/s. 106. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2017-08-28. Dicapai pada 2017-08-28.
  2. ^ "Commission Directive 2001/59/EC of 6 August 2001 adapting to technical progress for the 28th time Council Directive 67/548/EEC on the approximation of the laws, regulations and administrative provisions relating to the classification, packaging and labelling of dangerous substances" (pdf). Official Journal of the European Communities. Suruhanjaya Eropah (L 225): 4. 21 Ogos 2001. Dicapai pada 2011-12-18.
  3. ^ a b Geiss, F.; Del Bino, G.; Blech, G.; Nørager, O.; Orthmann, E.; Mosselmans, G.; Powell, J.; Roy, R.; Smyrniotis, T.; Town, W. G. (1992). "The EINECS inventory of existing chemical substances on the EC market". Toxicological. 37 (1–2): 21–33. doi:10.1080/02772249209357850.
  4. ^ "Council Directive 92/32/EEC of 30 April 1992 amending for the seventh time Directive 67/548/EEC on the approximation of the laws, regulations and administrative provisions relating to the classification, packaging and labelling of dangerous substances" (pdf). Official Journal of the European Communities. Suruhanjaya Eropah (L 154): 1–29. 30 April 1992. Dicapai pada 2009-01-25.
  5. ^ "Regulation (EC) No 1272/2008 of the European Parliament and of the Council of 16 December 2008 on classification, labeling and packaging of substances and mixtures, amending and repealing Directives 67/548/EEC and 1999/45/EC, and amending Regulation (EC) No 1907/2006" (pdf). Official Journal of the European Communities. Suruhanjaya Eropah (L 353): 329. December 31, 2008. Dicapai pada 2009-01-24.