Nombor koordinatan 7

Terdapat tiga geometri terpenting untuk Nombor Koordinatan 7 iaitu:

  1. Bipiramid pentagon, D5h
  2. Oktahedron tertutup, C3v
  3. Prisma trigonal tertutup, C2v

Kedua-dua data eksperimen dan teori menunjukkan bahawa ketiga-tiga struktur ini sama kestabilannya, kecuali kecenderungan mungkin berlaku daripada keperluan polidentat tertentu. Tambahan pula, salng ubah tidak dapat dielakkan, menyebabkan kompleks Nombor Koordinatan 7 cenderung kepada ketidaktegaran secara stereokimia, sebagaimana yang kerap diperhatikan.