Nombor plat kenderaan Malaysia

Nombor plat kenderaan Malaysia perlu dipaparkan di bahagian hadapan dan belakang semua kenderaan bermotor di Malaysia seperti yang dinyatakan undang-undang. Pengeluaran nombor plat dikendalikan dan diselia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ.

Sebuah plat Pulau Pinang yang mengikut piawai.

Nombor pendaftaran yang terkini boleh disemak di laman web rasmi JPJ.[1]

Jenis no. plat Susun atur
Kenderaan persendiran dan komersial ABC 4567 atau WD 4567 C atau QAA 4567 C atau SAB 4567 C atau KV 4567 B
Teksi HAB 4567 atau seperti kenderaan biasa
Tentera ZA 4567
Trade plate A 2341 A (W/TP 2341 untuk Kuala Lumpur)
Kor diplomatik 12-34-DC
Kerabat diraja dan kerajaan (Gelaran penuh)

Latar belakangSunting

Pada ketika itu,[bila?] mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.

Kebanyakan kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah oleh penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British yang bertugas di Perak. Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Apabila nombor plat kenderaan Malaysia diperkenalkan, ia bermula menurut negeri yang memiliki paling banyak kenderaan pada masa tersebut. Hal ini menjadikan negeri Perak sebagai negeri terawal dengan (Plat A), dan dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) lalu diikuti oleh Pahang (Plat C).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Reka bentukSunting

Plat di Malaysia mempunyai huruf dan abjad berwarna putih di atas latar belakang hitam bagi semua kenderaan (kecuali trade plate, kenderaan diplomat dan teksi).[2] Nombor plat dikeluarkan bagi kendraan bermotor yang mempunyai tayar getah, termasuk kenderaan persendirian, komersial dan perindustrian, motosikal, kenderaan kecemasan dan kenderaan berat terpilih (seperti traktor pertanian dan pemuat backhoe). Nombor plat biasanya mempunyai satu baris atau dua baris.

 
Sebuah plat Terengganu yang dilekatkan di bahagian hadapan motosikal.

Piawaian bagi nombor plat ditakrifkan oleh JPJ. Saiz abjad, susun atur dan warna plat dikawal dengan ketat namun bentuk dan dimensi plat dikuatkuasakan dengan longgar. Walaupun kebanyakan kenderaan mempunyai bentuk yang standard, beberapa nombor plat mengikut bentuk ceruk di bahagian belakang kereta, atau mempunyai dimensi yang dikurangkan atau diubah suai yang biasanya dapat dilihat di panel motosikal atau kereta sport.

Nombor plat dua baris
Nombor plat yang mengikut bentuk ceruk

Semenanjung MalaysiaSunting

Format terkiniSunting

CDJ 7276

Semua kenderaan di semenanjung Malaysia (dengan pengecualian trade plate, kenderaan diplomat dan teksi) mengikut format Nxx ####.

  • N- Huruf awalan untuk negeri (cth : W = Kuala Lumpur, A = Perak, B = Selangor, T = Terengganu)
  • x - Turutan abjad. (cth : A, B, C ... X, Y. Tidak termasuk I, O dan Z.)
  • # - Turutan nombor. (cth : 1, 2, 3 ... 9998, 9999)

Pengecualian dalam algoritma adalah seperti yang berikut:

  • turutan nombor tidak boleh bermula dengan sifar.
  • Huruf I dan O dikecualikan bagi mengelakkan kekeliruan dengan huruf 1 dan 0.
  • Huruf Z dikecualikan kerana digunakan oleh tentera

Algoritma akan bermula dengan huruf negeri dan nombor 1-9999. Sebagai contoh T 1 akan menjadi nombor pendaftaran pertama bagi Terengganu. Apabila T 9999 telah tercapai, sebuah turutan huruf akan ditambah selepas huruf negeri; TA 1 ialah hasilnya. Selepas TA 9999 dicapai, turutan akan diikuti dan TB 1 akan dihasilkan.[3] Seteleh TY 9999 sebuah turutan huruf kedua akan ditambah selepas turutan huruf pertama; TAA 1 ialah hasilnya. Setelah TAY 9999 tercapai, turutan huruf pertama akan disambung manakala turutan huruf kedua akan direset; menghasilkan TBA 1.

Nombor plat Semenanjung Malaysia
Prefix State Prefix State
A Perak M Malacca
B Selangor N Negeri Sembilan
C Pahang P Penang
D Kelantan R Perlis
F Putrajaya[4] T Terengganu
J Johor V Kuala Lumpur


(Siri kedua)[4]

K Kedah W Kuala Lumpur

(siri pertama)

KaiSunting

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Nombor Plat KhasSunting

  1. Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
  2. PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
  3. Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
  4. Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
  5. Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
  6. Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
  7. Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
  8. PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
  9. NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
  10. LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
  11. Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
  12. Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
  13. BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
  14. SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
  15. X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  16. XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  17. XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
  18. XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
  19. G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
  20. 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
  21. Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
  22. TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan 'Transformasi Terengganu Baharu' oleh kerajaan negeri Terengganu
  23. GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
  24. Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
  25. VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
  26. GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
  27. SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
  28. PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
  29. RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
  30. MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 'Sayangi Malaysiaku'.
  31. SMS : Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan DYMM TUANKU ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (SULTAN KEDAH) sebagai SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-V & KE-XIV.
  32. GG : Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
  33. G : Hanya dikeluarkan kepada Lee Chong Wei Foundation.
  34. T1M : Hanya dikeluarkan semperna Transformasi 1 Malaysia yang diusahakan oleh NGO Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
  35. NBOS : Hanya dikeluarkan semperna program National Blue Ocean Strategy (NBOS).
  36. A1M : Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
  37. NAAM :Hanya dikeluarkan semperna New Affirmative Action Movement dari NGO yang menumpukan pembangunan ekonomi belia india melalui keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan.
  38. Y : Hanya diekeluarkan untuk Yayasan Nur Jauhar yang di asaskan oleh Tun Juhar dan Toh Puan Hajah Norlidah

sehingga 8/3/2023

AMU 9227
「A」,Perak[6]
BRG 5343
「B」,Selangor[6]
CES 6005
「C」,Pahang[6]
DEP 5928
「D」,Kelantan[6]
JWA 4299
「J」,Johor[6]
PUTRAJAYA 9999
「PUTRAJAYA」,Putrajaya[6] (siri pertama)
FD 9999
「F」,Putrajaya[6] (siri kedua)
KFN 3202
「K」,Kedah[6]
KV 4860 E
「KV」,Pulau Langkawi[6]
LH 1290
「L」,Labuan[6]
MDQ 7672
「M」,Melaka[6]
NDW 4986
「N」,Negeri Sembilan[6]
PQR 8452
「P」,Pulau Pinang[6]
RAP 4837
「R」,Perlis[6]
TCQ 4022
「T」,Terengganu[6]
SYX 8412
「SY」,Kota Kinabalu[6]
SB 9564 F
「SB」,Beaufort[6]
SD 4260 U
「SD」,Lahad Datu[6]
SK 3706 D
「SK」,Kudat[6]
SMH 5876
「SM」,Sandakan[6]
SWG 1802
「SW」,Tawau[6]
SU 5489 J
「SU」,Keningau[6]
QAB 6518 F
「QA」,Kuching[6]
QBF 5478
「QB」,Sri Aman[6] dan Betong[6]
QCP 5310
「QC」,Samarahan[6]
QLE 492
「QL」,Limbang[6] dan Lawas[6]
QM 1634 M
「QM」,Miri[6]
QPC 4167
「QP」,Kapit[6]
QRS 4116
「QR」,Sarikei[6]
QS 3446 R
「QS」,Sibu[6] dan Mukah[6]
QTX 7834
「QT」,Bintulu[6]
VKG 3320
「V」,Kuala Lumpur[6] (siri ketiga)
WYY 9999
「W」,Kuala Lumpur[6] (siri pertama)
WD 9999 F
「W」,Kuala Lumpur[6] (siri kedua)

RujukanSunting

  1. ^ "Semakan Nombor Pendaftaran Terkini - JPJ Portal - Jabatan Pengangkutan Jalan".
  2. ^ "Spesifikasi No Plat Kenderaan - Kenderaan - JPJ Portal - Jabatan Pengangkutan Jalan". jpj.gov.my. Dicapai pada 27 Disember 2022.
  3. ^ "License Plates of Malaysia". worldlicenseplates.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015.
  4. ^ a b Salihin Rahim (2016-05-19). "Plat F dan V mulai Jun dan Julai". careta.my. Dicapai pada 2016-05-19.
  5. ^ a b Salinin Rahim (2016-05-19). "Plat F dan V mulai Jun dan Julai". careta.my. Dicapai pada 2016-05-19.
  6. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj ak "Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-09-19.

[[1]]