Nona (majalah)
Majalah Nona merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk wanita dan diterbitkan secara bulanan. Majalah ini menggunakan motto "Realiti Impian Wanita".
![]() Kulit majalah Nona sebagai hiasan sahaja. | |
Kategori | Wanita |
---|---|
Kekerapan | Bulanan |
Isu pertama | November 1986 |
Syarikat | Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Laman web | https://www.nona.my/ |
ISSN | 1675-0438 |
Majalah ini memuatkan pelbagai artikel termasuk fesyen, citra cantik, rawatan, gaya hidup, hobi, dekorasi, kerjaya, pekahwinan, kewangan, anda & undang-undang, motivasi, resipi, dapur, , destinasi dan sebagainya.
Majalah ini berharga RM 11.90. Ia diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.