Noorainee Abdul Rahman

isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin (k. 1952)

Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman (lahir 21 April 1952), ialah isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga merupakan mantan Penaung PUSPANITA Kebangsaan dan merupakan mantan Naib Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Semasa suaminya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor, beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR).


Noorainee Abdul Rahman

SPMJ (Johor); SSAP (Pahang); SPDK (Sabah);
PIS (II) (Johor)
نورعيني عبدالرحمن
Puan Sri Noorainee pada 2014
Timbalan Pengerusi
Yayasan Nurul Yaqeen
Memegang jawatan
12 Mac 1991
PengerusiMuhyiddin Yassin
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMasih menyandang
Pasangan Perdana Menteri Malaysia
ke-8
Dalam jawatan
1 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Didahului olehSiti Hasmah Mohamad Ali
Digantikan olehMuhaini Zainal Abidin
Penaung
PUSPANITA Kebangsaan
Dalam jawatan
1 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Didahului olehSiti Hasmah Mohamad Ali
Digantikan olehMuhaini Zainal Abidin
Pasangan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

ke-11
Dalam jawatan
10 April 2009 – 28 Julai 2015
Didahului olehRosmah Mansor
Digantikan olehHamidah Khamis
Naib Yang di-Pertua
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga
Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri
Dalam jawatan
10 April 2009 – 28 Julai 2015
Didahului olehRosmah Mansor
Digantikan olehHamidah Khamis
Butiran peribadi
LahirNoorainee binti Abdul Rahman
(1952-04-21) 21 April 1952 (umur 71)
Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganTan Sri Muhyiddin Yassin (k. 1972)
Anak-anakDatuk Fakhri Yassin Mahiaddin (48 tahun)
Datin Sri Nabilah Mahiaddin (46 tahun)
Najwa Mahiaddin (37 tahun)
Farhan Yassin Mahiaddin (31 tahun)
KediamanBukit Damansara
Taman Sri Tanjung
Seri Perdana (2020-2021)
Sri Satria (2009-2015)
Saujana (1986-1995)
PekerjaanSuri Rumah
Dikenali keranaPenaung Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, Mantan Naib Yang di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia
AnugerahLihat senarai

Pendidikan sunting

Beliau merupakan bekas murid Sultan Abu Bakar Girl School (SABGS) dan pelajar Sultan Abu Bakar Secondary Girl School (SABSGS) atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar.

Keluarga sunting

Beliau telah berkahwin dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tanggal 22 September 1972.

Anak-Anak dan Menantu sunting

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (Berkahwin dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (Berkahwin dengan Dato' Sri Muhamad Adlan Berhan); Najwa Mahiaddin atau lebih dikenali sebagai NJWA, (Berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui), seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin berkahwin dengan Irena.

Anak-anak beliau banyak terlibat dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan. Anak beliau Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang tokoh korporat di Malaysia dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif. Anak kedua pula, Datin Sri Nabilah banyak terlibat dalam penulisan buku dan anak ketiga, iaitu Najwa dan Farhan Yassin berkongsi minat yang sama dalam industri hiburan.

Cucu sunting

Salah seorang daripada cucu beliau, Iman Alisha Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang atlit gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 di Perak Darul Ridzuan ketika berusia 13 tahun. Kakaknya, Iman Suraya juga aktif dalam sukan gimrama begitu juga adik-adiknya, Iman Arissa dan Iman Aleena.[1]

Besan sunting

Tan Sri Haji Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Hajah Fadzilah Md Ariff[2] adalah merupakan ibu bapa kepada menantu beliau, Datin Fara Ikma. Tuan Berhan Manap dan Puan Jamaliah Baba adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Dato' Sri Muhamad Adlan.[3] Encik Koh Lai Poo dan Puan Chiam Juat Wah[4] pula adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Idris Koh Keng Hui.

Mentua sunting

Beliau adalah menantu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Yasin bin Muhammad, seorang ulamak yang tersohor di Muar dilahirkan di Tanjung Bidara, Melaka dan juga berketurunan Bugis. Ibu mertua beliau pula adalah, Allahyarhamah Hajah Khadijah binti Haji Kassim, berketurunan Jawa.

Sekolah Dalam Hospital sunting

Beliau adalah Penaung, Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital. Ia adalah cetusan daripada ilham beliau untuk memberi peluang kepada para murid dan pelajar untuk mendapatkan pendidikan ketika mereka dirawat di hospital. Ia adalah kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen.[5][6]

Baka orkid hibrid sunting

 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menghasilkan dua baka orkid hibrid bersempena nama beliau, iaitu Aranda Puan Sri Noorainee dan Mokara Puan Sri Noorainee.[7][8]

Aktiviti Kemasyarakatan sunting

 
PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri Malaysia
  • Penaung, PUSPANITA
    • Kebangsaan [11]
    • Jabatan Perdana Menteri Malaysia
    • Kementerian Dalam Negeri Malaysia[12]
    • Kementerian Pendidikan Malaysia[13]
    • Kementerian Pelajaran Malaysia[14]
    • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia[15]
    • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
    • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
    • Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
  • Yang Dipertua, Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Penaung, Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital[16]
     
  • Timbalan Pengerusi, Yayasan Nurul Yaqeen
  • Penaung, Persekutuan Gimnastik Malaysia[17]
  • Penaung, SPWinds,[18] Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Penaung, Teater Muzikal Tun Mahathir[19]
  • Ahli Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia)[20]

Darjah Kebesaran sunting

Panggilan Hormat sunting

Isteri Perdana Menteri (2020-2021) sunting

Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman

Isteri Timbalan Perdana Menteri (2009-2015) sunting

Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman

Isteri Menteri Dalam Negeri (2018-2020) sunting

Yang Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman

Seorang sunting

  •   Johor
    • Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
  •   Pahang Darul Makmur
    • Yang Hormat Dato' Sri Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
  •   Sabah
    • Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Cucu Tan Sri Muhyiddin curi tumpuan
  2. ^ Anak Tan Sri Muhyiddin tinggalkan kerusi Lembaga Pengarah syarikat EDEN milik ibu bapa mertuanya Diarkibkan 2018-06-20 di Wayback Machine, dicapai pada 20 Jun 2018
  3. ^ Keluarga Tan Sri Muhyiddin bercuti di Eropah Diarkibkan 2018-06-20 di Wayback Machine, dicapai pada 21 Jun 2018
  4. ^ Najwa Mahiaddin bergelar isteri, dicapai pada 21 Jun 2018
  5. ^ Sekolah Dalam Hospital Diarkibkan 2016-12-03 di Wayback Machine, dicapai pada 3 Disember 2016
  6. ^ "Sekolah Dalam Hospital". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-26. Dicapai pada 2018-09-26.
  7. ^ "Orkid hibrid baka terkini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-02. Dicapai pada 2018-10-02.
  8. ^ "Aranda Puan Sri Noorainee MARDI 2005 - registered (RHS)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-02. Dicapai pada 2018-10-02.
  9. ^ Sejarah BAKTI Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine, dicapai pada 22 Jun 2018
  10. ^ Sejarah JUITA Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine, dicapai pada 22 Jun 2018
  11. ^ Penaung PUSPANITA
  12. ^ Carta organisasi PUSPANITA KDN, dicapai pada 22 Jun 2018
  13. ^ Carta organisasi PUSPANITA KPM, dicapai pada 22 Jun 2018
  14. ^ Wanita bekerja perlu bijak seimbang tugas Diarkibkan 2018-06-22 di Wayback Machine, Utusan Online, dicapai pada 23 Jun 2018
  15. ^ Carta organisasi PUSPANITA MITI, dicapai pada 23 Jun 2018
  16. ^ "Projek Hati Nurani tidak pilih bulu wujud Sekolah Dalam Hospital". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-26. Dicapai pada 2018-09-26.
  17. ^ Gimnastik berirama : Olivia Rai raih emas, perak
  18. ^ Orkestra Sekolah Cyberjaya terima pengiktirafan
  19. ^ Imej Mahathir Buat Pelakon Teruja
  20. ^ KASIH MALAYSIA dilancarkan
  21. ^ Puan Sri Norainee terima anugerah Darjah Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)
  22. ^ Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman dengan kalungan gelaran SPMJ
  23. ^ "Puan Sri Norainee terima anugerah Darjah Dato' Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-23. Dicapai pada 2018-10-22.
  24. ^ Isteri bekas Perdana Menteri dahului senarai darjah kebesaran TYT Sabah

Pautan luar sunting