Noorshila Amin ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu "Kad Ucapanmu" dan "Rambu Ramba". Beliau ialah salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-6.[1][2]

Noorshila Amin
Kelahiran1964 (umur 55–56)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1983–kini
Syarikat rakaman
New Southern Records (1989-1992)

Beliau pernah menjadi penyanyi di Orkestra Tentera Darat (OTD) dan sempat menyertainya sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1983 dan 1987.[3] Noorshila juga aktif dalam perniagaan menerusi syarikatnya Titanius Global Enterprise yang mengeluarkan rempah dan minuman.[4]

Kehidupan peribadiSunting

Noorshila telah berkahwin dan dikurniakan empat anak. Anak-anak beliau semuanya berkecimpumg dalam bidang muzik.[5]

Gegar Vaganza (Musim 6)Sunting

Pada tahun 2019, Noorshila Amin telah menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau ialah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut. Namun begitu hasrat beliau untuk ke konsert akhir Gegar Vaganza Musim 6 berkecai apabila beliau tersingkir bersama seorang lagi peserta, Wann berikutan memdapat markah yang paling rendah. Berikut adalah persembahan beliau :

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Rambu Ramba" Dirinya sendiri Ke-12
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Kad Ucapanmu" Ke-8
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Pelesit Kota" Search Ke-8
Minggu 4 Haa... Tepuk "Aku Cinta" (duet Syamel) Syamel & Ernie Zakri Ke-10
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Semakin" Siti Sarah Ke-7
Minggu 6 Melets (Meletop) "Kerana Pengalaman" Elvy Sukaesih Ke-8
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Vroom Vroom" Nabila Razali Ke-4
Minggu 8 Reset "Samar Bayangan" Nicky Astria Ke-6
Minggu 9 (Suku akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Ahai Usahlah" Dirinya sendiri Ke-5
Minggu 10 (Separuh akhir) Fabulous "Kerna Terpaksa" Francissca Peter Tersingkir
"Dialah di Hati" (duet bersama Ifa Raziah) Dato' Sri Siti Nurhaliza

DiskografiSunting

Album studioSunting

  • Kad Ucapanmu (1989)
  • Rambu Ramba (1990)
  • Ahai Usahlah (1991)
  • Luahan Hati (2003)

RujukanSunting

  1. ^ Ish... Siapa panggil Norshila Amin ‘nenek over’? XTRA (25 September 2019). Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  2. ^ Qarami Hashim (13 Oktober 2019). Noorshila Amin bimbang emosi ganggu GGV6 mStar Online. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  3. ^ Fadhli Sulaiman (20 November 2019). Noorshila kongsi kisah lucu ketika bersama Orkestra Tentera Darat Malaysiakini. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  4. ^ Ridzuan Abd Rahman (22 Oktober 2016). Noorshila aktif nyanyi, bisnes Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  5. ^ Hanisah Selamat (3 Oktober 2019). Nak popular, popularlah sendiri… - Noorshila Amin Berita Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2019.

Pautan luarSunting