Nor Albaniah Raffie

Nor Albaniah Raffie, juga dikenali sebagai Noralbaniah (lahir 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari negeri Perak.[1]

Nor Albaniah
KelahiranNor Albaniah binti Raffie
1970 (umur 49–50)
Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1990–kini
PasanganSudarman Daud (1994–96; kematiannya)

KerjayaSunting

Nor Albaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, beliau ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman.

Kehidupan peribadiSunting

Nor Albaniah berkahwin dengan pelumba kereta, Sudarman Daud pada 1994 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Syarra.[1] Suaminya, Sudarman meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat nahas jalan raya.[1]

FilemografiSunting

FilemSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Saluran
1996 Abang Muda bergandingan dengan Uji Rashid & Edika Yusof TV3
2012 Metro Skuad TV2
2013 Hujan TV3
2015 Merah Gaun Pengantin TV1 Slot Bidadari
2016 Married Tapi Benci TV3 Slot Lestary
2018 Matahari Cerah Lagi TV Okey
2019 Gerak Khas (Musim 19) TV2

RujukanSunting

Pautan luarSunting