Nor Aliah Lee

Pelakon veteran wanita Malaysia

Nor Aliah Lee Abdullah (Jawi: نر اليح ليي; lahir Vianney Anastasia Lee; 28 Ogos 1972) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan bekas isteri kepada pengarah filem Aziz M. Osman.[1] Beliau juga berkhidmat sebagai penerbit eksekutif Ace Motion Pictures.

Nor Aliah Lee
Kelahiran
Vianney Anastasia Lee

(1972-08-28) 28 Ogos 1972 (umur 51)
Nama lain
  • Nor Aliah Lee Abdullah
  • Aliah Abdullah
  • Alia Zekri
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1992–kini
Pasangan
  • Aziz M. Osman (k. 1992; c. 2007)
  • Mohammad Zekri Ibrahim (k. 2010)
Anak-anak5
SaudaraBibiana Loyola Lee (kakak)

Kehidupan peribadi sunting

Vianney Anastasia dahulunya ialah penganut Roman Katolik sebelum memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya pada 1991.[perlu rujukan]

Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Aziz M. Osman dari 1992 hingga 2007. Pasangan ini mempunyai 5 anak.[1] Aliah kemudian berkahwin dengan pemain polo, Mohammad Zekri Ibrahim pada 8 Januari 2010.[2] Beliau ialah adik kepada bekas pelakon era 90-an, Bibiana Loyola Lee.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 XX Ray Aishah Filem pertama
1994 Femina Wartawan dan Pengacara
1996 Scoop Wartawan TV dan Pembaca Berita
1997 Puteri Impian Nancy Lee
1998 Puteri Impian 2
2000 Senario Lagi Kawan Mazlan Penampilan khas
2002 Idola Anita

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Dendam Terlerai TV3
2008 Kisah Kaisara (Musim 2) Marlia Menggantikan Yasmin Haron
2009 Bio-Nik Prof Mazni
2018 Inai Yang Hilang Mastura ntv7
2021 Realiti Cinta Nadia WeTV
2022 Puteri Reunion Kak Tuti TV3
Aku Yang Merinduimu Tengku Mariam TV1
2023 Kasyaf Elena Puan Khadijah Awesome TV
Tentang Hati Dia Sharifah TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1993 Perang Mertua Azean TV3
1999 Doa Dua Wanita
2009 Mabuk Estrogen Lina Astro Ria
2019 Misi Penculikan Cinta TV3 sempena Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL)
2022 3 Dara Pinggiran Sebagai penerbit

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1998 Anugerah Skrin 97/98 Pelakon Pembantu Terbaik Dirinya sendiri Menang
1999 Anugerah Skrin 98/99 Menang
Festival Filem Malaysia ke-14 Menang

Rujukan sunting

  1. ^ a b Khadijah Ibrahim (3 Oktober 2007). "Aziz dan Vee tetap mesra". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2008. Dicapai pada 19 September 2018.
  2. ^ "(Gambar) Majlis Pernikahan Nor Aliah Lee & Mohammad Zekri Ibrahim". Rotikaya. 8 Januari 2010. Dicapai pada 21 September 2014.

Pautan luar sunting