Nor Azlan Rosle

Nor Azlan Rosle Sallehudin (lahir 20 April 1982) atau di kenali sebagai Azlan Typewriter merupakan penyanyi utama kumpulan Azlan & The Typewriter. Dia juga pernah menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH). Beliau kini bergiat dengan kumpulan Prima Domestik yang merupakan kumpulan berkonsep hard rock dan menghasilkan album studio.[1] Untuk itu, kumpulan Prima Domestik turut bergandingan bersama pemuzik otai seperti Hillary Ang, Joe Wings, Kelly (bass) dan Ujang Exists (dram).

Lan
Azlan & The Typewriter - Twisties Bingit 2010.jpg
Lan membuat persembahan di konsert Twisties Bingit 2010
Kelahiran
Nor Azlan Rosle bin Sallehudin

(1982-04-20) 20 April 1982 (umur 39)
PendidikanDiploma Teknologi Pengurusan
Pusat pendidikanCentre Continuing Education, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lagu
Kampung asalHulu Langat, Selangor
PangkatJuara Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) dan Kumpulan Baru Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008
Kerjaya muzik
GenreRock, pop rock, indie rock, rock progresif, rock alternatif
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2002-kini
Syarikat rakaman
Satu Music Entertainment
Pengkarya berkait
Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewriter, A.P.I. (Angkatan Pemuzik Indie), Prima Domestik

Beliau menceburi dalam bidang hiburan dengan menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain sebagai penyanyi utamanya. Selepas keluar dari dia menubuhkan kumpulannya sendiri ia itu kumpulan Azlan & The Typewriter.

Antara lagunya yang mendapat sambutan peminat adalah Lagu Untukmu, La La La Kerjalah dan Pari-Pari Di Bawah Angin , kelibat si penyair , idola , tanda tanya dan Jangan Khianati Aku

PencapaianSunting

Sepanjang pembabitannya dalam bidang hiburan, dia pernah menggondol beberapa anugerah, antaranya adalah Juara Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) menerusi lagu "Lagu Untukmu" pada 2008 dan Kumpulan Baru Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008. Bersama kumpulan Azlan & The Typewriter, menggondol Naib Juara , Anugerah Juara Lagu ke-27 ("Idola"; 2012), TV3 dan dua buah lagi lagunya layak ke pertandingan itu iaitu "Pelita" (bersama Monoloque dan Noh Salleh; AJL25/2010) dan "Tandatanya" (Azlan & The Typewriter; AJL28/2013) sekali lagi bersama Azlan and the typewriter di AJL35/2020 bersama lagu Jangan khianati Aku .

PendidikanSunting

Azlan mendapat pendidikan tahap diploma dalam Teknologi Pengurusan dari Centre Continuing Education, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

KesihatanSunting

Beliau disahkan mengidap penyakit hyper tiroid pada 2000 yang menyebabkan kesusutan badan. Beliau kini disahkan sihat dari penyakit tersebut.

RujukanSunting

Pautan luarSunting